Tuesday, June 26, 2012

Bajet

Salam..aaa..tengah2 tengok cerita ape tah bunuh2 dekat tv2,tibe2 rasa nak buat bajet.
Oh,bukan la nak membajetkan diri,tpi bajet utk sem 2 nanti..memandangkan 2 bulan aku jadi suri rumah tangga yg tidak menghasilkan wang melainkan berat badan semata-mata. Fuh...semput aku.
Sebelum tu,haa..aku tau dah tajuk cerita tu. "Kerana Maruah Akhirnya.." Pestime aku tengok cerita melayu ada tunjuk ahli forensik cek2 kawasan. Hueheu..teringat plak Forensic Heroes. Perghh..nampak hebat ah ahli forensik Malaysia. Macam tu ah,baru nampak kredibiliti,inovatif,bla bla bla..sensitiviti..blabla..siti..blabla..

Urm,memandangkan aku punya duit hanyalah suam2 suku dan kalau diseluk poket,alamaakk..keluar kupu2,kumbang dan cakcibor,jadi aku haruslah sedar diri.

Aku dah tapau abah 250. Tapi dah guna sikit. Hehe. Ape la..so,tinggal 210. Kakak,aku mintak 50. So,aku ade 260. Ok,dgn 260,macam mana nak settle yuran yg harga 368? Jadi,aku memerlukan lagi duit,RM108. Sob3. Sedihnyaa..macam ape plak. Huhu.

Bila dah settle bayar yuran,aku kena plak beli tiket bas yg harga 45. Tapi,bila dah smpai Terengganu,aku kena beli tiket yg harga dalam 20. So,total disitu, 65. Jadi,dr mana aku nak dpt RM165? Huuu.aku pening. Pening. Dan macam mana pulak perjalanan hidup aku yg ntah PTPTN dpt bila pun taktau. Aku harap,takda masalah dgn PTPTN. Supaya,tidaklah aku menjeruk rasa dan hati dan perasaan.

Aku kena pandai2 la. RM165. Ok,tu satu. Lepas tu,bila dapat PTPTN,dalam RM2000 mungkin. Ok,tolak la sikit,sebab aku rasa PT ni mungkin dia caj perkhidmatan,blablabla kan. Kate la RM1950.
Bila aku total up,sem 2 ni kalau tolak cuti sem,ade la 18 minggu. 18 x 7 = 126 hari.

Puasa ada 4 minggu. 4 x 7 = 28 hari. Jadi,aku nak tolak 28 hari dr 126,jadi tinggal la 98 hari. Kalau aku bajet,RM 6 sehari,ok.. RM 6 x 98 hari = RM588. Lebih baik aku bajet lebih supaya kalau bajet cukup2,nanti tak jadi,aku plak yg susah. Jadi,bulan puasa..macam mana? Bajet la dlm RM 4 x 28 hari = 112. So,RM 112 + RM 588 = RM 700.

Ok,RM 700 utk makan SAHAJA. Aku ulang,SAHAJA. Takpe,aku akan cuba mencatu lagi. Aku nak bayar  dulu duit cik abg,dalam 300. Homai. Hidup aku sangat kasihan. Ok, RM 1950 - RM 300 = RM 1650. Jadi,RM 1650 - RM 700,tinggal RM 950.

Jadi,bagaimana pula dengan RM 950? Kira plak perjalanan aku pergi mana2,tambang balik Perak,Terengganu,bandar. Perak mungkin aku balik dua kali masa mid sem,pstu cuti sem. Jadi,3 kali la. RM45 x 3 = RM135. Terengganu anggar la aku balik dalam 3 kali. Tiket dlm 15. RM 15 x 6 = RM90. Pergi bandar semua tu,anggar la dlm RM 50. Jadi, RM 135 + RM 90 + RM 50 = RM 275. So, RM 950 - RM 275 = RM 675.

Ok,tinggal RM 675. Perbelanjaan sepanjang belajar,print,handout,assignment,cc,topup (aku ketua
kelas)...ohmai. Aku sangat sebak ketika menaip entry ni. *kenapa kebelakangan ni aku asyik rasa sebak? :(

Jadi,aku memutuskan untuk makan aiskrim dalam tempoh masa terdekat ni. Mungkin esok aku nak pergi kedai la,beli aiskrim. Sebab aku sangat sedih,ya..sangat sedih. Aku rasa susah sgt nak tempuh hidup yg kekurangan wang.

Ok la,aku buat cara senang untuk aku tengok balik.

       PTPTN                RM 1950
(-) Duit makan             RM 700
(-) Hutang                    RM 300
(-) Duit tambang          RM 275
=                                 RM 675

Tentang RM 675 yg akan digunakan untuk barang asrama,barang study,topup..aku tak mau pikir lagi. Aku sangat tertekan. Homak.. Lagipun,tak baik pikir sgt pasal wang,nt rezeki susah masuk,Ustaz Don yg ckp.
Justeru,aku perlu tenangkan minda dan hati yg dah sebak bapak punye.

Takpe lah.aku harap aku punya rezeki murah. Aamiin..Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment