Thursday, June 28, 2012

Yuran dan Lappy

Salam alaik. Selamat petang. Pergh..panas gila kot hari ni dan semalam,kelmarin..huu. Tapi malam sejuk. ^^
Hari ni,aku dengan gagahnye bangun,solat,tertido,bangkit kol 9,haha. Cakap kat jiah,jom pergi bank.

Nak senang cerita,hari ni dah settle yuran2 sekalian. Wee. Sronok sangat,walaupun aku hutang. Haha. Kesian. So,tiket balik Kuantan dah settle. Nanti pergi sana,beli tiket balik Ganu,pstu penat lelah,kemas beg.15hb 7 balik Kuantan pulak. Maakaaii. Penat gila tahu bila travel jauh cenggitu. Humph >,<

So,hari ni,di petang ini,di kala aku berseorangan ini,aku tertibe nak rasa sebak lagi skali. Haha. Aci tak? Sebab ape tau? Sebab aku rasa,ya Allah.payahnya nanti..cc jauh sikit. Nak siapkan assignment dan sebagainya. Sejujurnya,aku amat memerlukan laptop memandangkan lab report-lab report yg dikasihi sekalian tu semuanya memerlukan research dari internet :(

Tapi apa guna pulak kalau aku ade lappy tp takde broadband? Jadi bila nampak serba serbi aku tak mampu kan,aku pun memutuskan untuk ckp kat org dari sem 1 hari tu,"ala,takde lappy boleh pegi cc kan.tak perlu pun lappy tu sume". Oh,sesungguhnya bila aku menuturkan kata-kata sakti tu,hati aku sakit. Rasa kena kepit dengan 2 buah forklift!

Kenapa? Sebab lappy itu memang perluuuu.... Tambah pulak nanti aku ade jawatan yg memerlukan aku ke hulu ke hilir,so bila nya aku ada masa nak pergi cc? Habaq sikit laaa.. Hurm..tpi selama sem 1 ni aku sedapkan hati dengan tengok kakak aku yg hidup bersem-sem takde lappy tapi boleh jugak dpt pointer hebatnye. Jadi,hati aku ni pun mula la ditipu dengan macam2 alasan..

Takpe la,bukan rezeki aku untuk dapat semua tu. Mungkin nanti aku dah kaya,aku boleh tolong org-org mcm aku plak kan,bg lappy. *alamak,macam PM kite plak.hee.

Cemburu tu memang cemburu. Bestnya kawan-kawan aku ada lappy. Alih2 kalau boring boleh tgok cerita. Aku ni kalau boring,tengok tasik ja. Tu siang,kalau malam? Tengok bintang je la. Huhu.

Aku harap sem2 nanti sama macam sem lepas. Tak byk guna lappy. *oh,tu tipu la weyy..haha. Sem depan aku kena hadap 5 lab. Ape?tak dgr? LIMA lab tauu. Seminggu 5 lab,so boleh kata,selalu la aku kena pergi cc kan? Urmm...taktau la nak kate ape..huhuh..sedihnya.


Ha,ni la antara koleksi laptop aku. Hee.---> Gugel

Haha. Verangan la wey. Ni notebook Asus F6V. Omey2 nya. Hee. Takpe la,pandai2 la aku bodek2 mana2 kawan aku yg hebat,comey2 utk siapkan assignment. Mana tau depa baik hati,betul tak? :))

p/s : rasa segar sangat minum air Revive sejuk tadi.hee. Lupa beli aiskrim! T,T



Tuesday, June 26, 2012

Bajet

Salam..aaa..tengah2 tengok cerita ape tah bunuh2 dekat tv2,tibe2 rasa nak buat bajet.
Oh,bukan la nak membajetkan diri,tpi bajet utk sem 2 nanti..memandangkan 2 bulan aku jadi suri rumah tangga yg tidak menghasilkan wang melainkan berat badan semata-mata. Fuh...semput aku.
Sebelum tu,haa..aku tau dah tajuk cerita tu. "Kerana Maruah Akhirnya.." Pestime aku tengok cerita melayu ada tunjuk ahli forensik cek2 kawasan. Hueheu..teringat plak Forensic Heroes. Perghh..nampak hebat ah ahli forensik Malaysia. Macam tu ah,baru nampak kredibiliti,inovatif,bla bla bla..sensitiviti..blabla..siti..blabla..

Urm,memandangkan aku punya duit hanyalah suam2 suku dan kalau diseluk poket,alamaakk..keluar kupu2,kumbang dan cakcibor,jadi aku haruslah sedar diri.

Aku dah tapau abah 250. Tapi dah guna sikit. Hehe. Ape la..so,tinggal 210. Kakak,aku mintak 50. So,aku ade 260. Ok,dgn 260,macam mana nak settle yuran yg harga 368? Jadi,aku memerlukan lagi duit,RM108. Sob3. Sedihnyaa..macam ape plak. Huhu.

Bila dah settle bayar yuran,aku kena plak beli tiket bas yg harga 45. Tapi,bila dah smpai Terengganu,aku kena beli tiket yg harga dalam 20. So,total disitu, 65. Jadi,dr mana aku nak dpt RM165? Huuu.aku pening. Pening. Dan macam mana pulak perjalanan hidup aku yg ntah PTPTN dpt bila pun taktau. Aku harap,takda masalah dgn PTPTN. Supaya,tidaklah aku menjeruk rasa dan hati dan perasaan.

Aku kena pandai2 la. RM165. Ok,tu satu. Lepas tu,bila dapat PTPTN,dalam RM2000 mungkin. Ok,tolak la sikit,sebab aku rasa PT ni mungkin dia caj perkhidmatan,blablabla kan. Kate la RM1950.
Bila aku total up,sem 2 ni kalau tolak cuti sem,ade la 18 minggu. 18 x 7 = 126 hari.

Puasa ada 4 minggu. 4 x 7 = 28 hari. Jadi,aku nak tolak 28 hari dr 126,jadi tinggal la 98 hari. Kalau aku bajet,RM 6 sehari,ok.. RM 6 x 98 hari = RM588. Lebih baik aku bajet lebih supaya kalau bajet cukup2,nanti tak jadi,aku plak yg susah. Jadi,bulan puasa..macam mana? Bajet la dlm RM 4 x 28 hari = 112. So,RM 112 + RM 588 = RM 700.

Ok,RM 700 utk makan SAHAJA. Aku ulang,SAHAJA. Takpe,aku akan cuba mencatu lagi. Aku nak bayar  dulu duit cik abg,dalam 300. Homai. Hidup aku sangat kasihan. Ok, RM 1950 - RM 300 = RM 1650. Jadi,RM 1650 - RM 700,tinggal RM 950.

Jadi,bagaimana pula dengan RM 950? Kira plak perjalanan aku pergi mana2,tambang balik Perak,Terengganu,bandar. Perak mungkin aku balik dua kali masa mid sem,pstu cuti sem. Jadi,3 kali la. RM45 x 3 = RM135. Terengganu anggar la aku balik dalam 3 kali. Tiket dlm 15. RM 15 x 6 = RM90. Pergi bandar semua tu,anggar la dlm RM 50. Jadi, RM 135 + RM 90 + RM 50 = RM 275. So, RM 950 - RM 275 = RM 675.

Ok,tinggal RM 675. Perbelanjaan sepanjang belajar,print,handout,assignment,cc,topup (aku ketua
kelas)...ohmai. Aku sangat sebak ketika menaip entry ni. *kenapa kebelakangan ni aku asyik rasa sebak? :(

Jadi,aku memutuskan untuk makan aiskrim dalam tempoh masa terdekat ni. Mungkin esok aku nak pergi kedai la,beli aiskrim. Sebab aku sangat sedih,ya..sangat sedih. Aku rasa susah sgt nak tempuh hidup yg kekurangan wang.

Ok la,aku buat cara senang untuk aku tengok balik.

       PTPTN                RM 1950
(-) Duit makan             RM 700
(-) Hutang                    RM 300
(-) Duit tambang          RM 275
=                                 RM 675

Tentang RM 675 yg akan digunakan untuk barang asrama,barang study,topup..aku tak mau pikir lagi. Aku sangat tertekan. Homak.. Lagipun,tak baik pikir sgt pasal wang,nt rezeki susah masuk,Ustaz Don yg ckp.
Justeru,aku perlu tenangkan minda dan hati yg dah sebak bapak punye.

Takpe lah.aku harap aku punya rezeki murah. Aamiin..Wallahualam.

Monday, June 25, 2012

Hee.Taktau nak tulis tajuk ape.

Selamat Solat Maghrib.
Ye,sbb sekarang tengah time maghrib. Hee.
Tadi semasa aku sedang asyik meng'skodeng' fb org lain,aku ternampak la gambar2 org kapel kan.
Terus terlintas dlm fikiran,"eh,malunya letak gambar macam ni..org tahu kita belum sah,tapi kita seronok jaja gambar"..
And now i realize,why he refused to upload anything like that,or show off to people.
Show off disini maksud aku macam post,"i love you awak" kt fb.
Ha,pahe dok? Pahe pahe pahe...hee.

Jadi,bila aku yang baru lepas mandi menggunakan sabun lifebuoy ni tertibe pikir macam tu,aku rasa bersyukur sangat. Ye,maksud aku,sangat2. Bersyukur sebab bila fikir balik,cik abg syg aku bukan takat hensem macam Brad Pitt (kate die,haha..pada aku,die omey macam wabbit!) ,tapi cik abg syg juga seorang yang berfikiran matang :) *abg,abg patut belanja bb kenny rogers la,bb duk puji abg ni.hihi.

Jadi,(bape byk kali jadi,haha) aku sangat berterimakasih pada tuan empunya badan,Mukhriz Jauhari sebab kematangan beliau dalam hubungan kitorg. Hehe.





Perkenalkan,cik abg syg aku. Mukhriz! Eh,silap la..ni Brad Pitt..hihi.

Ha,yg ni baru betul. Ni baru la cik abg syg saya,hee.


Oh mai,rindunya. Huahua. Teruk. Oh,aku tinggal brapa hari shj tempoh masa cuti.
-----------


Haaa..tadi aku save dlu,pergi kedai. Sekarang dah pukul 10 dah. Adeh..ibu jari,berdenyut2. Huhu. Sampai bila la air bisa ni nak menemani hidup aku. Sakit..uuuu..

Ok,back to the story,tgl lebih kurang dua minggu je lagi nak balik Pahang. Masa mula cuti hari tu,ade buat wish. Haha,wish sj2.


  1. Nak kerjaaaa.. ---> Oh,tak dapat. Haha. Kerja bina badan je.
  2. Naik bukit larut ---> Tak dpt juge..huehue.
  3. Tengok wayang ---> Dapat2! Hee.
  4. Pergi Bukit Merah ---> Dapat..gi reramai plak tu,bestttt.
  5. Jogging pepagi kt lake ---> Haha,x jogging pun,jalan je.
  6. Makan PH/Domino ---> Uuuu..tak dapat..
  7. Pegi jalan2 Ipon/Penang ---> Dah dapat! Siap pegi Kedah,Teluk Batik.. :)
  8. Pegi pasar malam byk2 kali ---> Yeay! Yg ni dpt ^^
  9. Tengok latihan Elextrance ---> Pun dpt tau.. :)
So,3 wish beta,tak dapat ditunaikan! Beta murka! Hee.
Takpe la,tak semua yg kita nak,kita akan dapat..betul tak? Apepun,thnks Encik abg syg sbb tunaikan hajat2 merapu meraban sy tu. 

Aku seronok sgt. Life aku,aku rasa kalau tak pernah wujudnya Mukhriz,macam mana agaknya. Heh,mesti gelap je,mesti aku terus menerus muram je. Walaupun aku tak banyak duit,hidup tak mewah,tapi aku seronok dgn dia. Bila pikir balik,aku rasa tak sanggup sgt kalau nanti ajal pisahkan kitorg. Ye la kan,hidup ni dgn dia ja,kena tiba2 Allah pisahkan,melalui ajal..homaii..menangis jadi Kasim Selamat la aku/dia.


Kui3,bute tak nak bace? Haha. Aku tulis sendiri tau puisi tu.

K la,nak tgok cite Seniman Bujang Lapok jap. Hee. Nanti nak hapdet lagi.





Sunday, June 24, 2012

Dia yg Disayangi.

Salam alaik.
La,tdi aku kata nak tidur. Haha. Tapi tak jadi. Terbaca satu blog yg sgt menyentuh hati. Huhu.

Aku nak tulis pasal ape ye pde petang yg hening,ditambah dengan salakan anjing umah auntie blakang rumah? Aaaa....bbbbb....cc.......ha,igt dah. Hee. Nak tulis,sebab apa aku sayang cik abg syg yg sgt disyg.

Sedang mendengar lagu yg sama. Ku pinang kau dengan bismillah. ^^
Sebenarnya,kalau nak bg alasan kenapa kita cinta seseorang,memang takkan mampu smpai la hujung nyawa.
Tujuan entry ini ditulis(nampak sgt tipu,mana ada pensel pun kt sini) adalah kerana aku takut kalau aku tak sempat nak meyakinkan si dia yg aku memang syg dia walaupun perangai aku sangat menyakitkan hati.

Ya,aku memang suka buat perangai. Tapi,tahukah awk wahai Muhammad Mukhriz,sebenarnya kenapa sy syg awk?


  • awak berwajah manis,sgt menambat hati walaupun banyak jerawat kebelakangan ni. (hihi..deshuuummm!)
  • bila awak senyum kan,hehe..malu plak..kite rase macam hati kite cair laa..cair mcm ais dlm air nescafe tdi.
  • walaupun kita dah lame bersama kan,kasih syg awk macam tak pernah kurang,mcm makin bertambah je sy tgok..tpi sy slalu kate awk tak syg sy. (ni pengaruh baca novel,maaf)
  • awk pnya badan rendang2 comel molek je tgok.hee.
  • awk baik hati.sangat baik hati.yang ni memang betul.sgt betul.
  • awk jrg ckp keburukan sy,sy ni je slalu nak awk perfek :(
  • awk terima sy,keluarga sy sepenuhnya,terharu sgt2 tau tak.
  • awk selalu ada bila sy sedih,walaupun lambat. (tpi sy suka kata awk takde disamping sy)
  • awk berdikari,sama macam sy ^^
  • sy ni mengada,manja lebih,tpi awk penyabar sgt.tu sy respect! (cayalah)
  • awk pergi mana pun,sy tau,awk tak pernah lupa sy :)


Itu antara sebabnya,sebenarnya banyak lagi,tapi aku rasa sebak nak taip. Huhu. *nampak tak keikhlasan hati aku?

Aku sayang sangat2 kt dia. Sayang betul. Tapi aku memang tak pandai tunjuk macam mana aku syg. Aku tahu,sepanjang tempoh kitorg bersama,aku slalu buat dia kecewa,sedih.. Aku punya ego tinggi tau! Macam mana tingginya Gunung Everest mahupun KLCC,tgi lagi ego aku. Kalau ada la peluntur untuk lunturkan ego,aku beli! Walaupun mahal! Sebab aku tak suka kecewakan dia. Tapi aku betul tak reti buang ego.

Hari tu dia kata,dia teringin dengar aku minta maaf :(  Nampak disitu kan yg aku ni sgt ego. Aku nak minta maaf,betul. Tak tipu. Aku memang slalu nak ckp maaf,tpi bila bukak mulut,lain yg keluar..huhu.

Di saat usia aku yg dah 18 tahun,8 bulan,1 minggu,2 hari ini,aku nak sangat dia tahu yg walau macam mana pun dia,aku sayang dia. Tetap syg. Aku cuma harap,dia mampu ubah aku. Ubah aku supaya jadi perempuan yg fikirkan perasaan dia. Ubah aku jadi org yg tak ego. Ya,aku harap. Dan aku memang tak tipu,aku nak sangat berubah.

Apepun,aku harap sangat,jodoh aku memang dengan dia. Aku tak tahu macam mana life aku kalau tak dak dia. Aku tak tahu macam mana nak senyum kalau dia tak dak. Aku tak tahu macam mana nak lawan perasaan sedih kalau dia tak dak. Pendek kata,dia memang sangat penting dalam hidup aku.

Pada org lain,mungkin keluarga adalah tempat luahkan rasa,dan semuanya. Tapi hidup aku,selain Allah,dialah  untuk aku bergantung. Aku sangat perlukan dia. Aku cuma harap,perasaan cinta aku dan dia tak pernah padam,dan dapat di bawa smpai ke Jannah :) Amin.

p/s : awk,awk kena sabar dengan sy tau.sy bukan tak syg,cuma sy tak pandai nak tunjuk ^^

p/s 2 : segala kata-kata diatas adalah sangat benar.

*atas restu Allah,ku ingin milikimu ^,^


i'm having back my soul

hari ini aku seronok gila..yeaaaaayyyy..
eh,lupa.
Assalamualaikum... :)
hee. Hari ni,cik abg syg turun taiping. Walaupun seronok lah  sangat pun,tapi buat2 garang. Haha. Poyo.
Dia datang amik,tpi tak best sebab Satria Neo. Wahaha. Aku ni dri dulu sangatlah membenci kereta itu. I swear u. Tgok2 dia minat? Homaii... Terkejut.

Ini contoh Satria Neo. Haha. --> mekasih Encik Gugel.

Kenapa aku tak minat kereta tu ek? Hee. Sebab kecikgilalepasturendahsakitpinggangakunaknaikdahturasasesaknafassemacamlepastunampakliarkottt..
haaa..tu la sebabnya. Haha.

Apepun,tujuan utama aku yang sedang merasa kesakitan anak tekak ini menulis blog adalah kerana,aku rasa seronok ^^ *bape kali nak gtau. Haha. Hari ni,bila kitorg dkt Moot Point..bila dia ckp macam tu,aku rasa tersentuh sangat. Omai. Tapi aku taktau nak express feeling mcm mana. Aku jahat kot,smlm aku cakap macam tu. Tapi betul,aku rasa down sgt. Memang aku tau dia pun nak kawin dgn aku,(bukan semalam aku kata takmau cakap pasal kawin dh ke?haha.) tp respon dia tu buat sakit hati. Aku nak respon yg comel. Maksud aku,respon tu adalah : contoh ye,

> ek?syg nak kawin ngn abg bile?
>syg nt nak pakai bju wane ape?
>syg nak nt majlis kita mcm mna?

Walaupun kelihatan sangat tipu disitu,tpi sekurang2nya hati ni rasa terpujuk. Rasa seronok. Itu la maksud aku.

Tapi,langit tak selalu nya cerah. Masa tgh makan,dia kata....abg tak bersedia.....oh,u know what? When it happen,maksudnya lambat lagi tahu. Ohhhh tuhan..mengapa?

Percaya tak,smlm aku nak tido,aku boleh ckp byk kali, "ya Allah,kalau lambat lagi untuk aku dan dia disatukan,jarakkan aku dengan dia. Temukan aku dengannya kembali bila masanya tiba"..ade la dalam 76543566 kali aku ucap smpai tertido.

Dan sekarang,aku rasa,kalau makbul doa aku tu,aku harap Allah bgi aku kekuatan yg cukup untuk hadapi semua tu. Sebab aku tau aku tak mampu langsung.

Apepun,hari ni aku rasa tenang sikit,walaupun mata aku pedih2 pasal nangis. Muahaha. Aku harap,aku dapat merasa walau sedesir bahagia yg ada. Aku harap. Sangat mengharap.

Dah la tu,ngantuk. Nanti hapdet lagi. Nikmatilah gmbr yg enak dan lemak berkrim dibawah ini. Hee. Mintak maaf ye bang. 







Lots of luv,saye.

Saturday, June 23, 2012

Keliru

Ya,seperti tajuk itu. Itu lah perasaan ku. Aku akui aku keliru dgn arah tuju hidupku.
Boleh kate entry ni aku smbung la dr entry lps.
Kadang2 aku rasa hanya aku sj yg beriya. Beriya. Tau beriya? Ala..senang cite,bak kate Johnny Depp,OVER. Haa.gitu la. Teman rasa teman over. Over dalam apa ya? Over dalam cintakah? Over dalam kehidupan sehariankah? Over dalam study kah? *oh,itu tipu.

Semasa patik menaip entry ini,patik sedang mendengar lagu indon,Ku Pinang Kau Dengan Bismillah. Ya itu nyanyian Rossa dan Pasha. Bukan nyanyian Thahirah dan Mukhriz. Rasa bergenang air mata ni. Maaflah. Entry kebelakangan ni asyik2 pasal kahwin. Aku rasa aku dah cukup bersedia. Ya,fizikal mental. Tapi aku rasa dia,tidak bersedia.

Tak apa lah,mungkin aku yg salah. Mungkin aku yg seronok lebih. Hihi. Biarlah aku dengan dilema perkahwinan yg mungkin hanya angan-angan. Wallahualam.

Ape kate kalau aku tutup diari pasal kahwin. Aku rasa BOSAN. Ya,bosan. Peace.

Jadi,tutup lah ye. No more talking about MARRIAGE. I think i'm just the one who's over-excited. Mungkin aku patut ikut kata dia kot,tgu dia amik degree. Lepas tu kerja,baru kahwin. Oh,when it happen,our age will turn 25 nor 26.

Kata Mr.Quay beberapa bulan lepas,"perancangan uolls mungkin lmbt lgi,tapi who bet what will happen in these few years?"..

Ye Encik Kerengga. Itu betul. Tak siapa tahu apa akan berlaku. Mungkin jugak tahun depan aku kahwin kan? Homaigod. It won't happen kot. Tolong lah tirah. Tipu hatimu. Pujuk dia.

Bila isu ni,hati aku rasa sebak. Aku sangat2 rasa letih dgn percintaan tanpa ikatan sah. Sangat2. Ya,padan muka aku. Siapa suruh tidak mendengar kata ibu bapa. Jangan bercinta di usia muda. Kelak merana diri. Ya,sekarang aku akui. Aku bukan shj rugi masa,malah rugi tenaga.

Aku bukanlah menyesal dengan pilihan aku,cuma aku rasa,kenapa aku buat keputusan melulu dengan kapel masa muda. Kalau tidak,tentu aku akan punyai love story yg indah. Bila aku baca blog akak dena, denakamarulbahrin.blogspot.com , aku tak boleh tipu. Aku memang cemburu. Kenapa bukan aku yg dpt love story yg indah macam tu?

Adakah sebab aku bukan org sng? Aku tak secantik manusia lain? Aku tak pandai? Aku tak cukup kriteria? Aku histeria? Eh,ape ni. Merepek je. Huu. Aku rasa aku patut sedar kot,pipit memang dengan pipit,enggang dengan enggang. Dan gagak tetap hitam. Erk?

Aku selalu kata kat hati aku,"kau hebat..kau memang hebat la tirah..cuba jadi hebat dr org lain.mungkin pakej penampilan kau tak lengkap,tpi kau ada bakat meniru." Bakat meniru itu bukanlah bakat meniru semasa PMR seperti yg dilakukan oleh dua org kawan aku yg mengaku menghendap jawapan aku. Padan muka,aku dpt B kot Sejarah. Haha. Meniru maksud aku adalah mengaplikasi bakat org lain dalam diri aku. Paham tak? Bahasa aku ada macam BMT tak? ( Bahasa Melayu Tinggi ).

Ya,kawan aku kata aku pandai nyanyi. Ada orang kata aku pandai memimpin. Ada kata aku pandai masak. Ada kata aku pandai itu ini.. Ha,macam tu la. Padahal diorg tak tahu aku ni adapt je. Nak senang cerita,aku rasa aku takdak bakat apa pun. Tapi sebab aku nak jadi hebat,aku paksa diri aku.

Itulah THAHIRAH. Bukan TAHIRAH. Kenapa org selalu salah eja nama aku? Perlukah aku bold kan huruf H itu?

Berbalik pada soal keliru. Aku rasa poyo plak. Bhaha. Kenape ek?? Sebab dah macam watak utama novel yg slalu perasan & rasa masalah besar sgt. Hihi. Sampai bila pun aku rasa aku keliru selagi aku tak bernikah. Dari dulu,aku cari ape maksud bahagia. Bahagia tu bila kita dapat duit ke? Bahagia ni senang nak cari macam cari daun ke? Bahagia ni sedap macam kek coklat arwah mak aku ke? Bahagia ni apa sebenarnya?

Aku sangka aku boleh cari bahagia bila aku bercinta. Tapi,tak. Sangkaan aku meleset sama sekali. Aku sebenarnya keliru,aku cari bahagia dunia atau bahagia akhirat. Kedua-duanya berbeza. Adakah dengan mengecapi bahagia akhirat,baru bahagia dunia? Bahagia ni macam mana? Aku bahagia bila berduit? Oh,tak. Bila dapat PTPTN,aku rasa sesak nafas. Takut duit tak cukup. Aku bahagia bila beli baju? Oh,baju2 makin singkat. Aku bahagia bila aku tgok org lain bahagia? Ya,mungkin. Aku rasa aku selalu berkorban,bertolak ansur dengan org lain. Sebab aku tak nak org lain sedih. Tapi bila berhadapan dengan Mukhriz,automatic aku jadi tak suka tolak ansur. Aku ni kenapa? Aku sakit ke? 

Apapun,kepala aku sakit sangat. Puas aku menangis,bengkak sudah mata aku. Aku rela Mukhriz anggap aku tah pape,asalkan aku daat menangis. Aku sebenarnya menangis sbb aku rasa aku sebatang kara. Oh,bukanlah aku mengabaikan keluarga aku,tapi aku tak suka buat org lain beban dgn kisah2 aku. Ketahuilah,aku suka buat perangai dgn dia,sebab aku nak perhatian. Itu shj.

Semakin hari,aku rasa aku semakin kerdil sgt. Bagus lah mcam tu,sedar diri,hamba Allah. Aku rasa aku tak guna. Heh,kesiannya.

Sampai ni ja kot,sblum aku rasa sebak tak hengat,baik aku berhenti menulis. Ya,aku perlukan ketenangan. Dan aku tahu,hanya dengan Allah aku dapat ketenangan. 

Aku rindu kisah gelak tawa aku dulu. Saat2 manis dgn arwah mak. Satu-satunya insan yg tak pernah jemu dengar cerita aku walaupun hanya cerita nampak semut lintas jalan. Oh,mak. Sangat rindu tahu. Rindu pergi pasar sama2. Terima kasih atas kenangan suam2 suku yg dapat ku ingat ini.

p/s : aku harap sangat seseorang dapat jadikan aku sebagai hak yg sah dalam masa terdekat.aku sangat rasa hidup aku sudah tidak lama untuk itu.aku perlu pergi.bai.


Ini zaman P.Ramlee dan Saloma.

Terasa Seperti Salah Tajuk

Selamat petang,oh..jam sekarang pukul 8:39 pm.
Aku rasa,entry aku yg lepas,aku dah silap tajuk. It should be,dream love steps kot.
Sigh..semakin hari aku semakin kecewa dengan diri aku.
Aku rasa aku ni tak mampu bahagiakan orang pun. *awk tahu siapa saya maksudkan.

Mungkin aku ni nampak tabah,mungkin aku ni nampak sabar,cool..(org cakap).
Ye,org cakap. Tapi aku memang macam tu. Aku dapat semua tu pun lepas aku menipu.
Menipu diri aku immediately right after my mom's death. Sebab aku rasa aku kena kuat dengan pancaroba,dugaan dan juga segala anasir dalam dunia yang fana ini. Maafkan aku kerana ayatku dramatis.

Hari ni,aku dan dia tahu apa kesalahan aku. Aku menangis,tapi tak ada hala tuju.
Aku larang dia,tapi tak bersebab. Oh,kenape ye? Aku sendiri tak tahu. Aku kata aku sayang dia,tpi aku rasa mungkin sebab aku sayang sangat,tu yg jadi mcm apa yg jadi hri ni. Apa yg jdi? Oh,biarlah rahsia..

Semakin hari,semakin aku tak mengerti,apa yg aku cari dalam hidup aku sebagai khalifah.
Itu satu hal. Khalifah. Seram mendengarnya. Bukan senang utk memimpin manusia yang penuh dengan ragamnya.

Aku rasa,dengan usia yang menginjak dewasa (makkkaiiii),aku harus melakukan perubahan. Perubahan yg drumstick. Eh,drastik (rasa nak makan aiskrim plak,dlu2 masa skolah rendah,kalau aku marah,aku sedih,aku kecewa..aku akan makan makanan sejuk,sehingga nyilu gigi-gigiku yg kian rosak ini).

Mungkin entry ini akan pnjg berjelar..haruskah aku save dlu,smbung kemudian hari? Oh,takpe la.aku publish trus la. Nanti aku taip lain.


Ye,aku kelihatan kurus dan comel disitu. Tapi sekarang tidak lagi. Aku rindu begitu.

Friday, June 22, 2012

Aci tak kalau nak cerita pasal dream wedding?hehe..

Assalamualaikum,
Boleh lah kan nak cerita dream wedding..
Erk..dream wedding la sgt. Rasanya aku bakal merapu kot. Hee.
Haha..entah lah,rasa nak kahwin sgt.

Melamar : Aku harap sangat,aku dilamar dalam keadaan yang aku tak expect langsung. Kalau boleh,biarlah tarikh tu,senang aku nak ingat. Hihi. Tempat,aku tak kisah,mana2 pun tak apa. Kalau romantik pnya tempat lagi bagus,barulah feeling kan. Hee. Macam gambar bawah ni..

Verona,Itali. --> mekasih Encik Gugel

Haha..macam melampau pulak la kan. Itu contoh sj,kan romantik gitu. Hee. Tapi tak kisah la,mana2 tempat pun takpa.

Merisik : Erk? Macam pergi rumah minta kebenaran nak memetik bunga di taman tu kan? Haha. Sastera sungguh bunyinya. Yang ni,perlu la kan. Takkan tiba2 sj nak ambik anak org,ajak kawin. Oh,sungguh ketiadaan adab disitu.

Bunga di taman.Haha.Yang mana satu aku? --> mekasih Encik Gugel


Meminang : Eh,meminang apa beza plak?Haha. LOL. Aku taktau!

Menunang..haha..Bertunang : Oh,dalam islam,kalau sudah berjanji mahu berkahwin,itu namanya tunang.Tidak perlu rasanya majlis2 yang membazir seperti syaitonnirrajim.

Menikah : Aww..yang ni i tunggu. Haha. Tiba2 keluar perkataan i. Nampak sangat gatai. Okay,bernikah harus lah aku tak buat di masjid/surau rasanya. Tak tahu lagi di mana. Rumahku? Oh,tidak sesuai. Mungkinkah di kampung? Atau di sekolah? Atau di rumah dia? Tak logik..takpa2,itu nanti. Yang penting,daku dambakan ucapan itu. Lafaz suci itu. Cewaah..haha. Tentang mas kahwin,aku hanya impikan serendah2 mas kahwin yang boleh,itu lebih diredhai Allah.
Hantaran? Homaimak. Aku tak nak pun. Terpulang pada dia la,jgn hantar aku pulang suda. Hee.
Opss..lupa,menikah..aku nak pakai baju kaler kesukaan dia,biru. Aku nak pakai jubah shj. Hee. Kalau boleh,nak menikah tarikh lahir dia. Sebab,bila nikah,sah lah sudah aku menjadi haknya dan aku mahu dia sentiasa igt dan tidak sesekali lupa akan saat dimana aku menjadi yang sah padanya. Mak aiiiiiiiiiiiiiiiii...


credit from firzaracollection --> mekasih Encik Gugel.
Haa..macam ni pun dah memadai.. :D


Resepsi : Ya,berkata tentang resepi,eh..resepsi. Aku hanya nak buat sekali sahaja. Memandangkan begitu,aku menyerahkan bulat2 kepada pihak laki. Peace. :D comel tak. Hee. Untuk majlis resepsi,aku tak nak membazir. Aku time tu nak kitorg pakai baju warna pelangi. Bahaha..tipu. Ok,sebenarnya aku tak tau nak kaler ape. Tapi sekali lagi,aku hanya mahu menyarung pakaian seperti jubah. Dan juga purdah. Aku tak mau ade kompang bagai,renjis merenjis. Kalau ada pelamin,aku nak untuk tangkap gambar shj. Katil pengantin tidak akan ditunjukkan kpd mana2 wanita luar. Untuk gambar,aku kalau boleh nak fotogeraper pompuan. Seperti yg aku baca macam dalam artikel kat iluvislam.com. ^^

Kesimpulannya,aku hanya mahu satu perkahwinan yang diredhai Allah memandangkan aku mahu perkahwinan aku sentiasa dalam keberkatan-Nya.

p/s: aci tak kalau nak ade tema?tpi tema indian wedding.hehe. (pengaruh cite hindi)

p/s 2 : aku harap niat ikhlas,tulus mulus dan comel ni menjadi kenyataan..amin.

Kursus Rekrut Askar Wataniah

Salam alaik,
Aduyai..memang bukan rezeki la nampaknya. Kursus 25hb 6. Hari ni 22hb. Mana sempat dan cukup kudrat aku untuk semua proses itu. Sesungguhnya,aku nak sangat pergi. Allah tahu macam mana excitednya aku.

Tapi tak apalah,memandangkan banyak perkara tak dapat diselesaikan,dan dalam Quran pun ada tulis dalam surah Al-Baqarah,kan..kadang2 benda kita suka tu tak baik utk kita,dan benda kita tak suka tu sebenarnya baik utk kita.

Aku tipu hati aku,pujuk dia,mungkin lain masa aku boleh pergi kot. Harapnya. Aku sememangnya sekarang tak bersedia dari segi fizikal,tambah2 mental. Huu. Terlalu mendadak. Tak apa lah 6232377 P/M THAHIRAH BINTI MOHD ROSLI,tiada rezekimu kali ini. Redha.


imej dari Encik Gugel.

Huwaa....teringinnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....sob3.

Wednesday, June 20, 2012

Lafazkan.

Assalamualaikum. Sihat ke? Hee. Blog oh blog,luahan hati. Aku puas luahkan disini,walaupun sekali sekala.
Urm,macam mana ek nak cakap? Aku asyik fikir pasal,dia sj. Cik abg. Untungnya dia..kita fikir dia selalu. Heks.

Tika ini,saat ini,jam ini,masa ini dan apa jua ini..hihi. Aku sangat2 fikir nak kahwin awal. Macam mana ek? Gatal ke kalau nak kahwin awal? Rasa tak salah. Benda baik kan. Huu. Sangat2 nak. Nak. Nak. Nak. Hehe. Ape laa.


 Oh,sangat rindu. Huu. Sangat ingin menjadi yang sah buat dirimu. Apakan daya,umur yang sama membataskan. Bila agaknya lafaz, "aku terima nikahnya Thahirah binti Mohd Rosli dgn mas kahwinnya ......,tunai" akan kedengaran di cuping telinga aku yang mongel ni. Huhu.

Aku tahu,macam tah pape pulak. Tapi tak salah,apa yg aku nak ni tak salah sama sekali. Harap nya impian jadi kenyataan,kahwin awal. Aminn.

Tuesday, June 19, 2012

Masa Hadapan Aku,Macam Mana?

Salam alaik.. Erk.. Adalah terlalu lama rasanya patik tidak update blog..
Oh,bukan salah diriku yang makin menggebu,tapi salah power socket p1wimax. Hee.

Cuti semester aku tinggal tak sampai sebulan sj lagi. Happy + Sedih. Uhuuu..bukan gam uhu ye. Tak sabar pun ada. Sebab,excited nak handle junior masa MSK! Yeayyy! Hehe..ada makna yeay aku tu sebenarnya.

Ok,dah cukup kot pendahuluan,masuk pada isi. Hihi. MASA HADAPAN. Erk,agak serius bunyinya disitu. Hari demi hari,aku semakin fikir tentang masa depan aku. Aku rasa patut pun,sebab sebagai manusia,haruslah kita MAJU DIRI. Ye tak?

Belajar,kerja,kahwin. Hal yg perlu diselesaikan kot sebelum umur 25. Mengikut perancangan aku,aku tak nak sambung degree lagi. Lepas tahun 2014,aku nak kerja..kumpul duit. Dah cukup,stabil,aku nak kahwin. Hee. Agak gatal bunyinya. Tapi,demi Allah..aku sangat tidak sanggup lagi menanggung dosa. T,T

Makin hari,makin menimbun rasanya dosa aku. Haih. Aku kalau ikutkan hati,sekarang jugak aku nak kahwin. Kenapa? Sebab aku dah bercinta selama 4 tahun 8 bulan hendaknya.. Hurm..smpai bila?

Aku harap,masa depan aku cerah. Paling penting,hajat aku untuk kawin muda,tercapai. Amin..