Saturday, July 28, 2012

Tips Mengurangkan Rasa Rindu Pada yg Dah Tiada.

Salam alaik.
Oh,dah tengah hari. Meh aku cakap trus la. Sebenarnya dari jumaat malam lagi aku dah buang masa yang sangat lah banyaknye. Aku sendiri pun blur. Kejap2 rasa nak menangis. Kejap2 rasa marah. Kejap2 rasa nak lari je dr org. So,aku buang masa banyak gile start 8 malam smpai semalam yakni hari sabtu. Jadi bila aku dh kol cik abg,nangis macam org gila,lepas tu aku duk menung sorang2,aku concludekan balik ape masalah sebenar aku.
Kenapa aku rasa nak marah? Sebenarnya bermula dari masa mak aku meninggal,tahun 2007,lepas tu bila bulan puasa,nak raya,aku taktau ah ape maksud sume tu. Aku macam konfius. Kenapa nak raya lagi,org yg aku syg dh takde. Fikiran bapak childish. Haha. Bila raya,mcm2 aku try utk buktikan yg raya tu sebenarnya masih lagi best walaupun Mak dah takde. Jadi bila puasa,raya,aku luangkan masa dgn cik abg,antara org yg PENTING dalam hidup aku. Tiap tahun,dia la yg cuba seronokkan raya aku. Selain tu,aku cuba luangkan lagi masa dengan kawan2.
Jadi,memang sah la kenapa aku rasa blur sgt start jumaat hari tu. Aku RINDU sangat dekat arwah Mak dan perasaan yg sama,iaitu perasaan nak sambut Ramadhan dan Syawal dah tiada.
Kenapa aku rasa nak menangis? Yang ni biarlah aku sendiri yg tahu. Kenapa aku nak menangis sgt. Kenapa aku selalu rasa sebak.
Kenapa aku rasa nak lari dari org? Sebab bila emosi aku tengah tak tenteram,aku mula nak marah org. Jadi semalam,aku kononnya nak keluar dengan kawan2,tapi alih2 aku tukar plan sbb aku takut diorg jadi mangsa aku nak marah. Karang tak pasal2 gaduh. Padahal diorg tak salah pun.
Jadi,konklusinya,walaupun mak aku dah takde dekat 5 tahun,aku tetap tak mampu kawal emosi aku sebenarnya. Aku nampak macam tabah gila apadahal..konon je. Alih2,aku pikir balik,jenuh la kalau hal ni asyik jadi je. Aku kena cari penyelesaian.
Jadi,(bape kali jadi dah aku taip) aku kumpulkan la tips yg aku rasa mungkin menjadi. Ok aku cuba. *tarik nafas.
LUAHKAN SEPUAS-PUASNYA KEPADA ALLAH S.W.T
Ye,yang ni memang penting. Siapa tak buat memang rugi. Luah pada Allah,memang puas. Kelak Allah mesti tunjukkan jalan. Tapi jangan ingat Allah masa susah je,masa senang pun kena sentiasa bersyukur pada Dia. Aku selalu menangis,teresak-esak luah pada Dia. Betapa aku rindu sangat belaian kasih syg mak. Kasih syg dia yg tak berbelah bagi. Aduh,rindunya..
BANYAKKAN AMALAN-AMALAN SUNAT
Adat la kan manusia biasa,selalu kita mesti malas nak buat semua ni. Aku pun ada masa rajin,ada masa malas gila. So,lepas ni aku mesti kena banyak tambah amalan-amalan sunat aku. Kalau umur panjang,tolong gantikan puasa arwah mak aku. InsyaAllah. Lepas ganti puasa2 aku yg dua tahun lepas tak sempat nak ganti =,=
DOAKAN ARWAH,BANYAKKAN SEDEKAH AL-FATIHAH & BACAAN YAASIN
Alhamdulillah,setakat ni aku tak lupa nak sedekah kat arwah mak. Heh,malam tadi (28/7),aku mimpi arwah mak. Ya Allah,seronok sgt. Dalam mimpi tu Mak tak cakap ape-ape pun. Wataknya,senyum je :) Alamak,rindunye...
SELALU-SELALU LA SIBUKKAN DIRI
Aku ni dah lebih dari sibuk. Haha. Sebab tu masa masuk poli aku tak suka stay dalam bilik. Aku suka keluar pegi tasik,pastu suka la buat keja yg padahal aku tak payah buat. Hehe. Sebab aku tak suka duk sorang,nt aku mula pikir macam2. Macam skarang ni,aku sorang2,sbb tu la akal aku ni mula dipengaruhi fikiran-fikiran mcm ni. Asyik terkenang je. Duk terkenang je sampai bila pun takkan habis.
PERCAYA SUATU HARI NANTI,PASTI AKAN KETEMU
Amboi ayat aku..takmau kalah. Haha. Yela,sebab tu penting untuk kita tambah amalan kita. Macam cara yg no dua tadi. Kalau amalan banyak,dan dapat pula kita masuk ke syurga *aamiin ,mesti kita dapat bertemu dengan arwah jika arwah pun demikian. Harap sgt. Sebab tu penting la utk kita yg masih hidup doakan org yg sudah meninggal. Sebagai org islam,kita kena maju diri. Jangan jadikan hari-hari selepas ini lebih teruk dari semalam.
JADIKAN KEMATIAN SESEORANG ITU SEBAGAI LANGKAH MENJADI SEORANG YANG TABAH
Sebelum Mak meninggal,aku manja. Tapi dari dulu,aku selalu nak buat benda yang tak pernah buat. Maksud aku,aku suka nak buat diri aku mahir. Aku bukan orang hebat,jadi aku suka berusaha bagi aku mampu jadi hebat. Bukan la hebat sgt,haha. Contohnya menjahit,memasak,dan sebagainya. Macam dalam organisasi,aku suka jadi ketua. Jadi lepas mak aku meninggal,aku makin tabah. Aku punya sikap makin menjadi-jadi. Sampaikan aku tak reti nak pujuk kawan-kawan. Orang kata hati kering. *kering la sgt padahal aku menangis jugak sorang2. Aku cuma tak suka tunjuk.
Erk..rasanya setakat ni,tu je la langkah yang aku rasa sesuai. Kebanyakkannya langkah dari segi rohani. Untuk mengawal emosi,itu bergantung pada DIRI SENDIRI. Boleh jumpa kaunselor,tapi bagi aku,sebenarnya masalah emosi tu kita yg kawal. Macam cik abg kata kat aku,aku ni tak pandai kawal emosi. Aku rasa betul la tu. Kalau tak kenapa la aku menangis seharian. Buehehue. Aku sebenarnya banyak MENIPU hati aku dalam menjalani hidup lepas mak aku meninggal. Ala,macam dalam 3 IDIOTS,dia kata All Iz Well. Maknanya,semuanya ok. Hati kita ni halus sgt,kadang2 kita kena tipu dia. Cakap semuanya pasti akan ok. Memang betul pun. Aku suka buat macam tu. Tapi,jangan la buat mcm tu je,kena la ada step supaya penipuan tu menjadi. Paham tak? Hehe.
Jadi kalau ada sesiapa yg baca entry ni *almaklum follower tak ramai.haha. ,korang tolong sedekahkan Al-Fatihah pada arwah Noraini Binti Mohamad (mak saya) dan juga doakan aku supaya mampu mengawal lagi emosi aku pada masa akan datang ye. Jasa baik anda amat dihargai.
Ok la,kering tekak dah cakap masa bulan puasa ni ;p Assalamualaikum.





p/s : kalau tak mampu untuk kurangkan rindu,tutup sebelah mata.percaya lah,semuanya akan baik-baik belaka :) insyaALLAH.

Friday, July 27, 2012

ALBI NADAK - Fares

Alkisah suatu hari akak Izyan,roommate aku pasang lagu ni. Tetibe hati rasa tersentuh. Rasa sebak. Then dengar la dua tiga kali. Tak boleh jadi,aku kena tahu apa maksud lagu arab ni. Cari punya cari,jumpa lirik nyaaa...patut la pun aku rasa sebak. Ni lirik BM dan ARABnye.
ALBI NADAK (SERUAN HATI)

Hanya padamu...
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir
Mengharapkan mu
Hanya padamu...
Dan jiwaku padamu
Wahai kasihku usia kita,usiaku
Seluruh hidupku untukmu
Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta
Hatiku disini, keindahanmu millikku
Jadi bersatuHatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa kekal
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini dan bersama
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku..
Kerna matamu, aku serahkan segalanya
Apa yang daku harapkan
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku..
Diri ini..sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini
Bersama hati dan perasaanmu

Saturday, July 21, 2012

Sirap

Salam alaik.
Hee. Rasenye tak terlambat lagi kot utk aku ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoganya puasa kali ni dapat kita jalani dengan sempurna dan dapat peroleh 1001 manfaat darinya. :)

Alkisahnya semalam bermulalah puasa aku yg pertama kalinya di Polisas tercinta. Hueheu. Dan pertama kalinya sebagai seorang JPK. Hehe. So,agak mencabar le kena sediakan makanan sahur semua tu.

Tapi takpe,hadis riwayat Tirmizi no 735 :

"Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa,pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa,iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit"

So,tak kisah la penat lelah kan :) yang penting hati mau ikhlas. Hee. Jadinya,semalam berpeluh2 aku mencedok segala nasi yang ada untuk students. Aiyaaii. Penat gila,rasa nak pitam plus emosi tgh tak stabil. Tengah2 cedok,elok habis nasi tu,trus dgr azan.. Haaa..semua mcam ayam dah. Haha. Aku pun ape lagi..dengan PANTASnya aku mengambil segelas SIRAP! Aduhh..penangan sirap bila letih mmg terbaik. Jadi,terima kasih air sirap. Haha. Dan selepas itu,aku pun cakap kat ila,"aku nak buat entry pasal AIR SIRAP untuk menghargai jasa sirap."

Hahaha..tak boleh blaaa langsung kot. So,ditengah hari yang panas ni,aku pun amik risiko untuk tulis pasal sirap =,=
Ni aku copy paste je dr wikipedia. Haha. Takpe la. Mengenang jasa sirap.
Air sirap merupakan sejenis minuman yang diperbuat dari perisa daun pandan dan air gula. Pada kebiasaannya pewarna merah digunakan bagi memberikan warna menarik kepada air sirap, tetapi kini terdapat pewarna lain yang digunakan, walaupun tidak secara meluas.Pada kebiasaannya air sirap dihidangkan sejuk, iaitu dengan air batu. Rasanya yang sedap, dan mudah dibuat menjadikannya ia sebagai pilihan utama dalam kebanyakan majlis dan perayaan di Malaysia.Pada masa kini, air sirap segera yang dijual secara perdagangan terdapat dijual di kedai dan pasar raya, tetapi masih ramai yang memilih untuk membuatnya sendiri kerana air sirap yang dibuat dengan daun pandan asli baunya lebih wangi dan rasanya lebih sedap.Sungguhpun begitu, kerana kini ramai orang yang tinggal di bandar dan sukar mendapatkan bahan utamanya, iaitu daun pandan, kordial air sirap masih menjadi pilihan penduduk terutamanya yang tinggal di bandar.Bagi penduduk kampung pula mereka lebih suka menghasilkannya kerana ia mudah dan murah. Bagaimanapun, sekiranya terlalu banyak pewarna digunakan, ia akan menyebatkan rasa pahit.
Haa..selesai sudah. *mood menaip hilang.

Sunday, July 15, 2012

JPK

Salam alaik.

Adeh,aku sebenarnya rasa gelisah resah yang kuungkap dalam kata NERVOUS *awat mcm lirik lagu je?hahaha..
Yela kan,almaklum sj la poli aku ni bukan mcm poli lain.
It's quite hard actually to combine n works together dgn org2 yg masyarakat dah aim,tudung labuh. Eh,aku bukan maksudkan tudung labuh tu salah ye,aku pun nak sgt bertudung labuh satu hari nanti,aamiin..maksud aku kat sini,mcm2 persepsi yg wujud dlm kepala sebelum ni.

Tapi,ternyata semua tu, SALAH! SALAH! SALAH! hee. Dr hr ahad ritu dh smpai poli,dh bertaaruf,buat keje semua,aku rasa selesa sikit :)

Esok student baru akan masuk. Tak sabar plak tgok muka junior. Hihi. Gedik plak. Sepanjang tempoh dr hri ahad ritu,kitorg buat preparation mcm2 utk MSK. Excited sgt tatau na cakap. Hee. Aku harap aku dpt buat keje btul2,fokus dan ikhlas. Hee.

Nt taip lagi la,ngantuk plak =,=

Tuesday, July 10, 2012

Alhamdulillah

Salam dan Selamat Petang.huehue.
Dengan mood balik Pahang aku taip entry ni.
Adeh,realitinya aku tetap kena balik. Berat hati sikit,kenapa ye?

Heh,ape pun..alhamdulillah..Allah makbulkan doa aku. Kakak first aku jual laptop dia kt kakak no 2 dan aku bakal dapat laptop tu. Syukur..senang sikit kerja aku nanti. Yela,macam entry aku yg lepas2,aku cakap susah kan bila takdak laptop. Hee. Seronok sgt. Alhamdullillah. :)

So,nt aku nak beli broadband. Hee.

Semalam dah kemas habis semua barang. Ade 3 beg. Aiyai. Jenuh le. So,tak sabar nak tgok Pahang balik. Heh. Rasa macam baru semalam ja tengok terminal bas Kuantan. Apepun,aku harap sem 2 ni aku dapat jalani dengan hati yang tenang. Bab2 org yg tidak menyenangkan hati,aku harap aku mampu tolak ketepi. Sangat buang masa tahu,

Puasa kat poli. Eksaited kemain sebenarnye. Huehue. Tapi kalau dpt masak sendiri kan best..malangnye tu angan2 je. Huhu. Tengah fikir2 lagi bajet sebenarnya. Aiseh. Penin kepala cek. Harapnya PTPTN menyalurkan wang dengan segera tanpa masalah nanti. Harapnyaa..aamiin. Kali ni aku harap aku tak salah guna duit tu. Haha,salah guna,macam ape je ayat. Aku harap aku dapat guna dan jimat wang tu dgn betul. Aku letih fikir pasal duit. Huhu.

Apepun,aku tetap dengan angan2 aku untuk kahwin muda. Haha. Sesat,tiba2 ja. Yela,mana tau,kalau kita doa2,Allah makbul kan :)

Kat bawah ni aku senaraikan syarat2 taubat yg aku gugel dr web ustaznoramin.com :)

Syarat-syarat Taubat

Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syara-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah :

  1. Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.

  2. Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.

  3. Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.

Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.

Harapnya kita semua sama-sama dapat kesedaran dan bertaubat sebelum terbitnya fajar dari sebelah barat. Wallahualam.

Sunday, July 8, 2012

Cuti Dah Nak Habis

Salam..
Aiseh..hari tu beriya rasa nak balik,sekarang rasa berat plak..
Semalam 8hb 7,maka cukuplah hendaknya 2 bulan aku mengalami proses pembentukan lelemak. Huehue.
Adeh,Jumaat ni balik Pahang,lepas tu pergi Terengganu,pastu Pahang balik.
Aiyai.
Penatnyaaaaaaaaaaaaaaaa! Oke.
Hari ni ptut nya aku ganti puasa,tpi sebab aku bangun tidur tdi lmbat,dan niat aku pun mcm dah terpesong,dah search kat Gugel bagai,puasa aku ni kira tak sah.
Oke rasa geram. Takpa la,ada hikmah kot. So,lagi 5 hari wey..Selasa,Rabu,Khamis,Jumaat,cukup 4 hari..
Sekarang ni aku pikir plak lagi sehari puasa tu aku nak ganti bila.
Patut ke aku gnti trus je dgn hari Sabtu kan?
Aku rasa patut la kot,sebab nanti dah nak start MSK,nt aku yg serabut.
Jadi kalau mcm tu,first la aku puasa dalam bas. Haha. Adeh,danpakamu! Sapa suruh tangguh2 puasa.

Erm,k la. Tutup cerita puasa. Hari ni hari Isnin kan. Sabtu ngan Ahad iaitu semalam,aku dah pun meluangkan masa dgn yang tercinta.


Oh,gambar yg omey2,i suke. hee. Ni hari ahad kalau tak silap i..haa..btul la tu. Ahad,time ada Janji Ditepati sebelah Giant. Huehue. *cardigan tu buat i nmpk gemok.dush!

Hee,Sabtu hari tu alkisah kononnya nak pergi Hari Koperasi SMKDB. Tapi sebab ada aral yang melintang senget benget,terlambat. Plan jadi lain. Tapi setelah aku muhasabah diri,aku pikir jugak kenapa la aku ni suka sgt nak melenting,nanti kalau cik abg syg dah fedap danpakamu aku. Tak giteeww..so,aku pun cuba mengawal emosi masa nak pergi sekolah,tpi emosi terjejas jugak la sikit. Huehue.

Kemudiannya ulak,buat keputusan yang adil dan saksama,yakni pergi Penang. Woohoo. Aku suka Penang. Entah la,nak kata aku ni shopping kt penang,aku pegi slalu tak beli pape pun. Nak kata aku ramai kenalan kt Penang,lagi la bohong. Kenape ye aku suka Penang? Erk..entah la. Ce buat slogan sikit, saya suka Penang kerana....... (tidak boleh melebihi 12 patah perkataan) haha.

Dah sampai Penang yg omeynya kitorg pun kesesatan jalan. Huehue,tapi cik abg syg kan hebat,so celah sana,celah sini,tembus kat Gurney Plaza. Haha. Boleh plak giteeww.


Yaiyalah,ini sudah tentu di Penang. Hee. Luar Gurney. Air pantai oh sangat kotor.


Dengan nama Allah,aku sangat bersyukur aku dapat jugak makan benda ni. Huehue. Almaklum,i bukan org kayo! *terima kasih daun pandan cik abg syg.

Setelah puas mengayatkan diri di Gurney,cari KFC. Homaigod,Gurney takde KFC nok! Haha. Terkezut gila. Kemudian,kami pun mengorak langkah demi langkah (haha) ke tempat lain. Pergi Megamall. Macam biasa. Aktiviti wajib ;p

Pusing2,teman cik abg beli seluar katenya. Beli seluar dengan t-shirt. Aku? Hee. Non-ado. Tengah sengkek. Tolong dia pilih2,hee. *cik abg,na tengok gmbr comel u tak?hehe.


Haha,macam kucing. *sila sengetkan kepala.

Then,barulah pergi KFC. Hee. Terai apa dia ayam baru tu,sedap jugak la,pedas dia tu best! Hee,tgok org dining,terimbas kenangan kerja kt A&W TS. Huhu. Dah tutup dah A&W tu,sedey nyaaa.. Ok,dah. Hee. Makan suma segala ayam,cheezy wedges,kenyang. Then pusing dalam tu,kemudian buat keputusan utk pulang.

Pastu masa nak balik dah pukul 6,alkisah,pergi Tesco plak. Haha. Bapok lame kuarnya. Konon nak beli fabric felt,tpi masa tu taktau nama dia,terbeli fabric crepe. Amik kau smpai 4 bungkus,apa la yg aku boleh buat dengan kain tu,balut bunga? Hadoi. Tu la tergesa-gesa sgt,so aku pun fedup dan ambil keputusan utk angkat dumbbells! *hee.


Hee,dumbbells ringan comel ja aku mampu angkat. :)

Lepas tu,time nak balik menyinggah la dekat Euro Fun Park. Best gila kot mainan dia tapi syg seribu kali syg,aku tak main pape pun. Sob3.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ahadnya pulak iaitu semalam aku kuar lagi utk beli kasut,brg sikit. Kuar ngan sapa? Cik abg lagi la. Hee. Pastu pergi makan dkt tempat dating masa zaman sekolah,Plaza Perbandaran Taiping. :) Kemudiannya pergi kedai la apa la pastu truss pergi Rakan Muda,tengok bebudak.

Then cik abg kata dia nak ajak Rusydi keluar,okay. Kitorg pergi amik Rusydi,madu aku =,='  Pastu pergi TS,pilih suar utk cik abg. Hee. Kemudian amik Ikhwan dan kemudian pergi kedai dan kemudian hantar aku balik :( *serius tade mood taip,sedih. Huu.

Tapi utk buang rasa sedih,aku pun masak nasi goreng. Haha. Aci ke? Buat elok2,bagi kt cik abg! Overall,tu je kot. Aku tulis semua ni sebab aku takut kalau nt aku hilang ingatan ke apa,ade jugak references. Hee. Apa pun,aku harap niat aku nak menghalalkan hubungan kitorg ni dibantu Allah,aku nak syg dia dunia akhirat. Aku tahu dosa kitorg banyak dah,kapel dah dkt 5 tahun,sebab tu aku nak jadi yang halal selamanya utk dia sentuh dan aku nak bertaubat dengan dia dan semoga Allah berkati kitorg,dapat bersama hingga akhirat,malah Jannah :) Amiinn.





Doa untuk dipermudahkan urusan


رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"
(Al-Baqarah : 286)



Aku tak mampu lagi bendung perasaan bersalah aku,serius. Aku sedar silap kami,sebab itu aku mahukan perubahan. Aku tak percaya kahwin awal ni satu masalah,malah aku percaya keberkatan Allah yang utama.
Hopefully siapa yang terbaca entry ni dapat doakan kitorg! :) Sekalung ucapan terima kasih aku beri.


"Ya Allah,aku bermohon padamu supaya engkau berkati niat aku untuk halalkan hubungan aku dengan dia ya Allah. Yakinkanlah hati kami untuk menerima keduanya dan janganlah engkau bolak-balikkan hati kami ya Allah. Ya Allah ya Rabbal ya Karim,sesungguhnya engkau maha mengetahui akan aturan jodoh hambamu ya Allah,permudahkanlah urusan kami untuk menjadi hambamu yang taat serta tidak ingkar akan arahanmu. Engkau tahu perasaan kami ya Allah,kawal nafsu kami ya Allah serta jauhkan lah kami dari godaan syaitan yang durjana serta seksa api nerakamu.." Amin ya Rabbal alamin.