Sunday, July 8, 2012

Cuti Dah Nak Habis

Salam..
Aiseh..hari tu beriya rasa nak balik,sekarang rasa berat plak..
Semalam 8hb 7,maka cukuplah hendaknya 2 bulan aku mengalami proses pembentukan lelemak. Huehue.
Adeh,Jumaat ni balik Pahang,lepas tu pergi Terengganu,pastu Pahang balik.
Aiyai.
Penatnyaaaaaaaaaaaaaaaa! Oke.
Hari ni ptut nya aku ganti puasa,tpi sebab aku bangun tidur tdi lmbat,dan niat aku pun mcm dah terpesong,dah search kat Gugel bagai,puasa aku ni kira tak sah.
Oke rasa geram. Takpa la,ada hikmah kot. So,lagi 5 hari wey..Selasa,Rabu,Khamis,Jumaat,cukup 4 hari..
Sekarang ni aku pikir plak lagi sehari puasa tu aku nak ganti bila.
Patut ke aku gnti trus je dgn hari Sabtu kan?
Aku rasa patut la kot,sebab nanti dah nak start MSK,nt aku yg serabut.
Jadi kalau mcm tu,first la aku puasa dalam bas. Haha. Adeh,danpakamu! Sapa suruh tangguh2 puasa.

Erm,k la. Tutup cerita puasa. Hari ni hari Isnin kan. Sabtu ngan Ahad iaitu semalam,aku dah pun meluangkan masa dgn yang tercinta.


Oh,gambar yg omey2,i suke. hee. Ni hari ahad kalau tak silap i..haa..btul la tu. Ahad,time ada Janji Ditepati sebelah Giant. Huehue. *cardigan tu buat i nmpk gemok.dush!

Hee,Sabtu hari tu alkisah kononnya nak pergi Hari Koperasi SMKDB. Tapi sebab ada aral yang melintang senget benget,terlambat. Plan jadi lain. Tapi setelah aku muhasabah diri,aku pikir jugak kenapa la aku ni suka sgt nak melenting,nanti kalau cik abg syg dah fedap danpakamu aku. Tak giteeww..so,aku pun cuba mengawal emosi masa nak pergi sekolah,tpi emosi terjejas jugak la sikit. Huehue.

Kemudiannya ulak,buat keputusan yang adil dan saksama,yakni pergi Penang. Woohoo. Aku suka Penang. Entah la,nak kata aku ni shopping kt penang,aku pegi slalu tak beli pape pun. Nak kata aku ramai kenalan kt Penang,lagi la bohong. Kenape ye aku suka Penang? Erk..entah la. Ce buat slogan sikit, saya suka Penang kerana....... (tidak boleh melebihi 12 patah perkataan) haha.

Dah sampai Penang yg omeynya kitorg pun kesesatan jalan. Huehue,tapi cik abg syg kan hebat,so celah sana,celah sini,tembus kat Gurney Plaza. Haha. Boleh plak giteeww.


Yaiyalah,ini sudah tentu di Penang. Hee. Luar Gurney. Air pantai oh sangat kotor.


Dengan nama Allah,aku sangat bersyukur aku dapat jugak makan benda ni. Huehue. Almaklum,i bukan org kayo! *terima kasih daun pandan cik abg syg.

Setelah puas mengayatkan diri di Gurney,cari KFC. Homaigod,Gurney takde KFC nok! Haha. Terkezut gila. Kemudian,kami pun mengorak langkah demi langkah (haha) ke tempat lain. Pergi Megamall. Macam biasa. Aktiviti wajib ;p

Pusing2,teman cik abg beli seluar katenya. Beli seluar dengan t-shirt. Aku? Hee. Non-ado. Tengah sengkek. Tolong dia pilih2,hee. *cik abg,na tengok gmbr comel u tak?hehe.


Haha,macam kucing. *sila sengetkan kepala.

Then,barulah pergi KFC. Hee. Terai apa dia ayam baru tu,sedap jugak la,pedas dia tu best! Hee,tgok org dining,terimbas kenangan kerja kt A&W TS. Huhu. Dah tutup dah A&W tu,sedey nyaaa.. Ok,dah. Hee. Makan suma segala ayam,cheezy wedges,kenyang. Then pusing dalam tu,kemudian buat keputusan utk pulang.

Pastu masa nak balik dah pukul 6,alkisah,pergi Tesco plak. Haha. Bapok lame kuarnya. Konon nak beli fabric felt,tpi masa tu taktau nama dia,terbeli fabric crepe. Amik kau smpai 4 bungkus,apa la yg aku boleh buat dengan kain tu,balut bunga? Hadoi. Tu la tergesa-gesa sgt,so aku pun fedup dan ambil keputusan utk angkat dumbbells! *hee.


Hee,dumbbells ringan comel ja aku mampu angkat. :)

Lepas tu,time nak balik menyinggah la dekat Euro Fun Park. Best gila kot mainan dia tapi syg seribu kali syg,aku tak main pape pun. Sob3.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ahadnya pulak iaitu semalam aku kuar lagi utk beli kasut,brg sikit. Kuar ngan sapa? Cik abg lagi la. Hee. Pastu pergi makan dkt tempat dating masa zaman sekolah,Plaza Perbandaran Taiping. :) Kemudiannya pergi kedai la apa la pastu truss pergi Rakan Muda,tengok bebudak.

Then cik abg kata dia nak ajak Rusydi keluar,okay. Kitorg pergi amik Rusydi,madu aku =,='  Pastu pergi TS,pilih suar utk cik abg. Hee. Kemudian amik Ikhwan dan kemudian pergi kedai dan kemudian hantar aku balik :( *serius tade mood taip,sedih. Huu.

Tapi utk buang rasa sedih,aku pun masak nasi goreng. Haha. Aci ke? Buat elok2,bagi kt cik abg! Overall,tu je kot. Aku tulis semua ni sebab aku takut kalau nt aku hilang ingatan ke apa,ade jugak references. Hee. Apa pun,aku harap niat aku nak menghalalkan hubungan kitorg ni dibantu Allah,aku nak syg dia dunia akhirat. Aku tahu dosa kitorg banyak dah,kapel dah dkt 5 tahun,sebab tu aku nak jadi yang halal selamanya utk dia sentuh dan aku nak bertaubat dengan dia dan semoga Allah berkati kitorg,dapat bersama hingga akhirat,malah Jannah :) Amiinn.





Doa untuk dipermudahkan urusan


رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"
(Al-Baqarah : 286)



Aku tak mampu lagi bendung perasaan bersalah aku,serius. Aku sedar silap kami,sebab itu aku mahukan perubahan. Aku tak percaya kahwin awal ni satu masalah,malah aku percaya keberkatan Allah yang utama.
Hopefully siapa yang terbaca entry ni dapat doakan kitorg! :) Sekalung ucapan terima kasih aku beri.


"Ya Allah,aku bermohon padamu supaya engkau berkati niat aku untuk halalkan hubungan aku dengan dia ya Allah. Yakinkanlah hati kami untuk menerima keduanya dan janganlah engkau bolak-balikkan hati kami ya Allah. Ya Allah ya Rabbal ya Karim,sesungguhnya engkau maha mengetahui akan aturan jodoh hambamu ya Allah,permudahkanlah urusan kami untuk menjadi hambamu yang taat serta tidak ingkar akan arahanmu. Engkau tahu perasaan kami ya Allah,kawal nafsu kami ya Allah serta jauhkan lah kami dari godaan syaitan yang durjana serta seksa api nerakamu.." Amin ya Rabbal alamin.


0 comments:

Post a Comment