Thursday, May 24, 2012

Him :)

Ops! Lupa catat hari pertama aku naik kereta dengan si dia,Mukhriz Jauhari. ^^
I'm glad of that thing. Entah la. Aku seronok sangat.
Dia ambil aku dari sekolah. Aku pergi sekolah dengan Izzati. Jumpa Atiqah. Jumpa semua orang yang aku teringin jumpa. :)

Lepas ambil aku,kitorang pusing2 Taiping. Then dia hantar balik ^^

p/s: semua ni jadi Rabu ( 23/5/12 ). Wee.

Mandi Manda di Bukit Merah lagi.

Ha,kali ni,dah masuk berapa kali eh aku pergi Bukit Merah?hee. Aku suka. Mulanya aku nak pergi dengan Mukhriz shj. Tapi teringat yg Alifah kata dulu kat poli,dia teringin turun Bukit Merah. Terus chatting ngn Alifah n Shuhaila. Rancang2. Then masing2 setuju dengan hari ni,Khamis (24/5/12).

Memandangkan buah hati saya sudah dapat lesen kereta,jadi dia bawak Toyota Estima :) Mula2,dia datang rumah,ambil aku dengan Jiah. Dia dengan Rusydi. Lepas tu kitorang ambil Azizul. Pergi stesen bas Kamunting. Sian Alifah,tunggu sejam. Hihi. Sorry. Then bertolak. Hee. Excited sgt. Lepas dah smpai,tunggu Shuhaila. Heks. Peluk2 kemain. Hahah. Suka sgt,kitorang semua pakai tudung 2 tone. Heks. Tukar baju semua,sewa pelampung,ape lagi..MANDI laaaaaa. ^^.

Seronok sangat. Hee. Best :) Mukhriz baik sgt. Tak pernah berubah ^^, . Kesian Shuhaila,Rusydi,Azizul,nak naik bubble tapi seluar ade zip. Ekeke. Pastu,mandi2. Makan. Then sambung lagi. Hee. Takpuas rasa,tapi dah pukul 4 kan. Pergi tukar baju. Then snap gambar dengan Shuhaila n Alifah. Hee.

Lepas tu,diorang balik. Kitorang pergi Rakan Muda,tengok budak2 menari. Pusing taman tasik. Hantar Azizul dengan Rusydi. Then Mukhriz hantar aku. :)

p/s : rasa seronok bila dilayan bak puteri. :)

Jalan-jalan Tengok Manusia.

Hee. Gediknya tajuk. Sebenarnya selalu lupa nak update,hari ni nak conclude semua aktiviti (takat yang ingat) sepanjang seminggu. Hari2 biasa,keluar dengan Mukhriz :) biasa la round2. Hari Khamis (17/5/12) kitorang keluar. Then tengok wayang. Dark Shadows. Hee. Sebelum tu,Sabtu (12/5/12) kitorang jalan2. Pastu nak tengok DS tapi masa beratur beli tiket,ada pakcik ni sedekah tiket wayang cerita Ngongkrong. Haha. Seronok la Mukhriz,and i was like,"abaaaannnngggg..". Haha. Takpa la,jimat duit.

Then hari2 lepas tu,biasa2 je. Bangun,buat kerja rumah,masak,on9,tgok TVB :)
Ha,lupa!aktiviti wajib aku. Pergi PASAR MALAM with him ^^ 8,14,15,18,21,22 hb 5,semua tu aku pergi pasar malam. Hihi. I love it. Tambah2 pergi dengan dia :) Masa 22hb,dia tak nak pergi. Merajuk la aku. Heks. Tapi last2 pergi jugak. Wee.

Orait,alang2 boleh cerita pasal result. Hee. Patutnya result keluar 21hb,tp macam mana ntah boleh bocor masa 18hb. Alhamdulillah,result ok :) UNEXPECTED. Aku tak minat. Serius tak minat. Aku rasa terpaksa sangat bila aku kena belajar benda2 tu semua. Tapi,kuasa Allah. Aku mampu rupanya. Takpa,USAHA lagi Thahirah. U can do it. Hee.

21hb,Mukhriz ambil ujian JPJ. Debarnya Allah je yg tahu. Aku harap sangat dia lulus. Aku nak dia mampu tunjuk dkt ayah dia yg dia mampu. Akhirnya,terima kasih Allah,makbulkan doa aku ^^, . Dia LULUS :) Syukur sangat. Kegembiraan aku lebih daripada dia (aku rasa). Nak menangis rasa. Aku nak bagi hadiah. Tapi aku tak mampu :( Aku takdak duit langsung. Syiling ada la. Then i was like,how i wanna show my happiness to him. Fikir2,last2 aku buat coklat. I know he doesn't like it too much,but that's what i have :( I make it mix with almond and bubble rice ^^ YUMMY! I arranged it with CONGRATS words n some shell,love and roses choc shape :) I'm sorry bcoz i can't give expensive gift.

Hee. Apapun,aku harap Allah panjangkan jodoh aku dengan dia. Aku tahu hubungan kami tak sah lagi,aku cuba untuk tinggal dia sementara,tp aku tak mampu. Aku cuma harap,dia JODOH ku. Amin.

Monday, May 14, 2012

Here I Am

Nak cerita dri awal ape yg jadi mmg susah.hee. Jadi,cerita sikit2 je la ye. Lepas SPM,kerja dengan A&W dalam 3 bulan. Sepanjang masa tu,Mukhriz la yg hantar,ambik aku. Terima kasih syg :)

And one night,when he came to my house,he asked whether i want to work with his father or not. Fikir punya fikir,okay la. Plus takpayah kerja time malam kan. Aku masa tu tengah frust menonggeng,hilang seorang kawan,aku pun setuju. Dengan harapan aku dapat mengubat jiwa yg lara dengan kesibukan sebagai kerani. Aku start kerja masa 11 March 2011.hee. Ulang tahun aku kena langgar lori yg ke 8.hihi. Then kerja lah aku kat situ. Macam2 liku hidup,jenis2 manusia,dan pengalaman aku peroleh dr sana. Walau macam mana pun,aku berterima kasih sbb semua tu,mematangkan aku :)

Masa keputusan SPM keluar,aku adalah org yg sangat sedih memandangkan kelasmet tak tgur langsung,then aku amik,tak jumpa cikgu pun then balik. Otw nak balik,Fatin Nabihah ajak pergi rumah :) lepak smpai malam,baru balik. Lepas tu,kerja..tgu UPU. Malangnya,tak dak rezeki. Kecewa sangat. Sangat2. Lepas tu buat rayuan,DITOLAK. Ya Allah..menangis punya teruk time tu. Then Mukhriz cakap,sabar la. Rezeki tak dak. Aku pun lama2 lupa pasal tu. Sampai la time dapat result Politeknik. Kelakarnya,keputusan yg aku dapat adalah : Tahniah! Anda ditawarkan Kursus Diploma Teknologi Makanan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) ,Semambu,Pahang. I was like,what?what? Pahang? Takmau! Haha. Jauhkan. Pengambilan bulan 12. So ada masa untuk fikir. Then nak dijadikan cerita,aku terlepas pengambilan bulan 12 utk UPU. :( Sedih sesangat. So,takdir Allah,here I am,in Polisas.


I am happy being there. Walaupun kehendak aku untuk masuk U tak dipenuhi Allah,tak apa lah. Sama saja. Bergantung pada diri sendiri sama ada berusaha atau tak. Apepun,aku cuba untuk mendalami kos baru yg tak pernah aku sangka akan aku belajar. Dari akaun ke bidang sains. Hihi. Tak pe la,hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih.

Ok la,takat ni je. Lepas ni aku hapdet lagi macam mana life aku. Nak tgok cerita Madu 3.hee. 

p/s : esok ada interview kerja 7-e. Sangat takut. Harap dapat. Duit perlu dicari.
p/s 2 : malam ni,isnin 14hb. Dah 8 hari lepas aku balik dari Terengganu. Naik bas dgn Encik Mukhriz :)

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah..setelah 8 bulan aku meninggalkan blog tercinta,akhirnya ada jugak seru untuk hapdet.heh. Ape ke teruk la tuan punya blog. So,fikir punya fikir,i've decided to continue back in blogging. Bukan ape,nak delete blog rasa sayang. Mula2 tadi ingat nak create blog baru,tp sayang jugak blog yg start dr tahun 2009 ni. Jadi,dengan ini..aku isyhtiharkan..(ekeke..) blog ini akan dikemaskinikan semula.hee. Though aku je yg membaca blog ni,aku puas hati. Blog,satu medium to express our feeling,thought..n everything. So,here i am. Back in mumusstories :)

 jemput makan wahai sekalian ummah.hee.