Tuesday, December 25, 2012

Recently

Salam alaik.
Oh,aku sangat menyepi dari blog,maaf kan aku blog.
Quite busy,nak update blog supaya aku tak lupa kenangan2 manis,suka duka dalam hidup aku.
Tapi,macam tu lah.
Cuti sem means nothing for me to rest. Start cuti trus pergi Melaka. Went for MalPTAAC. Oh,such an awesome camp as well. Might be because i do love Wataniah. Territorial. Yeah,bangga jadi askar,though wataniah je.
The foods are awesome,the schedule quite okay,not to packed..but my skin is getting  dark,day by day.
Muahaha. Tu memang tak boleh avoid la kan. Tak kisah pun.
Aku enjoy masuk medan ( since aku hanyalah Perajurit Muda,nothing to do in jungle ) aku hanya jadi mem besar dgn kawan2 seangkatan. Hehe. Makan tido for 5 days,so i'm fat,yeah..right now. Pipi kembungbungbung.
Aku enjoy latihan kawad dalam hujan smbil menangis kerana hati yang amat sakit,tahan marah smpai meleleh air mata,menangis sambil hentak kaki. Huu.
Aku enjoy pertandingan kawad,though no 2 je. ( Alhamdulillah actually,didn't expected )
Aku enjoy jadi dayang-dayang time menembak,layan vvip since aku kuli. Huahua.
Aku enjoy buat latihan2 yg ada,malam akrab yang kelakar,persembahan yg last minute.
Tah,enjoy sangat.
Bila org tny,apa yang best sgt jadi askar?
My mouth just like full of stones. Can't opened. I don't know how to described the feeling. Maksud aku,semangat cintakan negara. It's just like runs in the blood. Bila ckp psl askar,semangat jadi berkobar2. Same like when i look at askar's stuff,i'm just like rambang mata. Omaigod,nak ni,nak tu,haaa..nak2.lagi2!
Macam tu lah. N bila org asked about it,jadi gedik gila nak bercerita. I know it's annoying tapi aku masih lagi bercerita tentang kem tahunan even dah dekat 3 bulan yg lalu,duit kem pun dah habis. Haha.
Duit askar,hasil aku kena dera..haha..hasil penat lelah aku,aku puas bila belanja orang. Walaupun aku tak dpt rasa sgt,tp aku seronok.
Macam duit bonus baru ni. Rm200 i've spent to my siblings..
Now i know how the feeling was.

So now life's getting busy. I;m studying in third semester. Which means i need to concentrate more,since my HPNM is bad. Not so bad. Hurm,bad actually. Errr..ntah. Huahua. Apepun,pointer jatuh la sikit. Quite dissapointed but i can't put the blame on anybody,anything. Aku yg main2. Ade ke study sejam setengah sebelum paper start. Haha. Alhamdulillah dapat score. Yea,rezeki. The questions gave are not too difficult.

Habis kem hari tu trus aku kena join MTS,utk junior. Ye,JPKK. Haha. Macam mana la badan tak sakit2. Aku macam tak ada rehat langsung.

Semester ini,aku jadi ketua kelas balik. Yea,happy. Tapi berat pun ada. Seriously,aku letih.

Tutup kisah life as a student. Nak cakap hal serius. Aku yang hina.

Oh,sometimes i just feel like i wanna run away,go far from people around me. Aku rasa aku menyusahkan.
Ntahlah. Perempuan,hati sangat mudah tersentuh dan bagai2. Aku rasa macam mana ek nak ckp,aku rasa kecewa.

Hormat,cerdik,guna akal,fikir orang lain. Perkataan yang asyik berlegar. Aku sedih,aku rasa tertekan. Dan seolah-olah aku tak ada guna lagi.

Kenapa ek? Ntah. Aku rasa nama aku terlalu berat untuk aku tanggung sebagai seorang hamba Allah. Is it because aku terlalu hanyut dalam belaian dunia?

Aku cuba berubah,from my attire. My attitude. Yea,i'm changing. But sem lepas,when i get hacked by someone who i didn't know. I felt bad. Nampak sgt ada yang tak puas hati. Aku tak nafi yang aku ni jahat,still buat dosa. Ye lah,aku bukan maksum. Untuk berubah 100 peratus,itu mustahil,sebab aku manusia biasa. Aku perlu masa. Sebab tu aku berubah dari segi penampilan. Aku pakai macam mana yang sepatutnya. Tapi dari segi aku dengan Encik M,aku tak mampu. Repeat,tak mampu. Aku cuba. Tapi tak boleh. Part of my life,my soul,my body just like owned by him. Aku terlalu bergantung dengan dia. Aku sayang,aku betul sayang. Aku sangat tunggu untuk jadi yg halal. Aku masih keluar dengan dia,yea,just like the others couple did. Aku rasa jahat. Yes.

Aku nak jadi yang halal. Allah..puas aku merayu. Tak ada jalan lain kah untuk aku menjadi yang halal? Aku manusia,aku remaja,aku alpa. Aku sering lalai. Dosa pahala masih terabai. Hati aku retak,jiwa aku menangis. Tapi aku ego,aku berlagak.

Aku,yang kawan2 nampak tough. Aku kata aku hati kering. Ceyyy..konon la. Padahalnya aku selalu menangis.

Aku perlu berubah,aku nak. Tapi aku ada penghadang. Aku nak pecahkan tapi tak jumpa peralatan.

Macam tu la perasaan aku.

Omaigod,air mata dah bergenang. Gtg,nanti la aku update lain :(

Wednesday, December 12, 2012

KHEMAH TAHUNAN REG 505 AW

Salam alaik.
Fuhh..alhamdulillah..aku berjaya menghabiskan 10 hari dalam kem tahunan tahun ni.
Mulanya nak pergi 3 hari je,lepas tu tukar fikiran sbb rasa nak gain banyak lagi pengalaman sebelum pergi Kursus Asas Perajurit Muda tahun depan :)

Pergi hari Jumaat ( 5/10/12 ). Excited first time naik trak askar. Muahaha. Seronok sgt,exciting! Dengan bergegar-gegar nya. Singgah dulu kat Kem Askar kat Taman Gelora. Amik kawan2 Batalion 1 yg lain :) Lama jugak perjalanannya sebelum smpai kat Kem Force 136,Sg. Miang,Pekan. Dalam perjalanan tu,ya Rabbi,angin kuat sgt..haha. Tudung keras pun terkeremot sj. Masa dah nak sampai tu,berhenti sekejap kat stesen minyak. Haha. Ralik membeli smpai kena hon ngn trak. Best sgt. Berlari dlm hujan,then kelam kabut naik trak. Kenangan2.

Dah smpai tu,terkejut kejap,cantik kemnya. Bilik luas,kongsi 8 org. Hee. Malam tu macam blur2 lagi. Ikut je la kakak2 senior. Berkumpul ikut Batalion. Baru ku tahu apa slogan kitorg,hehe. Batalion 1st, Forever 1st! Semangat sgt bila sahut forever 1st tu. Malam tu jugak aku kenal kawan2 Batalion. Siapa ketua,siapa Lt,siapa Kpl, dan lain2. Berdiri smpai pukul 11 lebih,dengan nyamuknye. Pergh,dugaan betul masa tu.

Esoknya,sabtu ( 6/10/12 ) ,memandangkan kitorg ni belum rekrut,jadinya kitorg tercongok sj la kat tepi tgok Pbt buat latihan. Kemudian nya datang lah sarjan mintak tolong kitorg buat kerja kat Cookhouse. Hee. Pegi2,buat banyak sgt kerja. Masak untuk dalm 700 org. Pergh,penatnye Allah je la yang tahu. Potong daging,sayur,bawang,buah,macam2 lagi la. Tapi semua tu, pengalaman dan kenangan :) Luka2 tangan siang udang punya banyak. Lepas tu macam2 lah..tapi kenangan tak boleh lupa bila kena siang burung punai yang telah diburu oleh CO Batalion 1. Semua gara-gara salah kitorg sendiri. Haha. Banyak sangat burungnya. 3 plastik. Mula2 geli,rasa nak menangis,marah semua cukup. Tapi fikir positif, pengalaman dan kenangan :) Siang smpai maghrib..lepas tu basuh tangan,tak nak hilang pulak kotornya. 2,3 hari melekat..

Sengal tangan,malam2 bergenang air mata. Bangun awal pagi tolong sedia breakfast utk kawan2 askar. Perit,tp seronok. Dan paling seronok,aku masak utk CO :) Majlis makan bersama CO. Aku gorengkan burung,ikan utk CO. Sediakan ulam2,buah semua lah :) Tgh hari tu balik tidur kejap,then turun masak lagi. Petang tu,org lain merentas desa,main sukan,tp aku kt dapur,buat cucur labu :) Pengalaman dan kenangan indah semua tu :) Askar dtg curi2 makan lah,haha. Macam2. Maghrib tu la last kitorg tolong kat cookhouse  :(

Esoknya,Isnin ( 8/10/12 ), kitorg siap2,pergi Pandu Arah. Rekrut tgl aku ngn Ayu je. Sangat mencabar bila kena masuk paya bagai,dah la bawak m16 bapak berat tu. Haih..letih yang amat..berlari2..dalam hutan..selutnya..habis ah but smpai kaki paras lutut..tp Alhamdulillah,Batalion 1 menang! Hee. Pengalaman dan kenangan yang sgt tak boleh lupa. Smpai tercabut2 tapak but Ayu. Haha. Pastu petang ada PT. Macam biasa la,jog bagai,itu ini la. Tapi,seronok :)

Malam tu kitorg dibahagikan mengikut Kompeni. Aku Kompeni A. Satu platun ngn Ayu. Yang lain? Masuk Kompeni B. Sedih sgt masa tu. Sebab tak kenal siapa pun. N then ramai yang dah tua. Pergh,memang harapan tgl harapan la utk menang. Itu tanggapan pertama aku la. Selasa ( 9/10/12 ) ,pagi tu kena masuk ikut Kompeni..uuuu..sgt tak suka. Pastu pagi2,acara yang paling aku suka,bacaan doa,penyerahan lah ape semua tu. Hee. Suka kot macam tu. Then bermulalah hidup aku sebagai ahli seksyen 3,platun 2. Pergh..mengantuk gila masuk kelas Ilmu Medan Perang,pastu macam2 lagi. Tersengguk2 aku. Haha. Buat malu ja.

Satu2 Kpl bagi taklimat sume tu. Aku tido. Then cergas bila amali ja. Haha. Masa tu aku kata,tak boleh jadi ni. Aku dah la takda member pompuan dlm seksyen,aku kena tgur siapa2. Then aku tgur lah Mohd Rafizul..dah jadi kawan smpai skarang :) then latihan kitorg buat semua sebelum masuk medan. Preparation :)

Keesokkannya,ada kelas. Macam biasa la,kelas duduk sedia,kelas duduk senang. Haha. Tapi aku masuk tak smpai sejam. After that aku,ayu,ila kena pergi bank. Affin Bank,yea,special utk duit askar. Hee. Kat Kuantan. Dah smpai,rasa tak nak balik :(

Kemudiannya mcm biasa la aktiviti,buat senaman la bagai2 bila smpai petang tu. Preparation untuk masuk medan. Heh. Malam tu,diarahkan utk pakai full uniform. I was like,dah kenapa kan kena pakai malam2? Aku tak pergi kursus kenaikan pangkat lagi,so banyak yang tak tahu. Then orang bace perintah,aku terpinga2. Lepas tu tanya la Rafizul,kenapa kita tak boleh tidur malam ni. Dia kata, awak,kita dah start latihan medan la lepas bacaan perintah tu. oooooooooooooooooooooooooo..

Haha. Berjaga la kitorg smpai pukul 4 pagi. The feeling was great though nyamuk are everywhere,biting u all over ur body. Thank God jugak budak lelaki merokok. Boleh halau nyamuk. Haha. Aku suka situasi malam tu. Bergelimpang askar. Tidur tepi2 longkang je. Kui3. Lepas tu boleh naik bilik. Then 6.30 pagi dah berkumpul. Ambil senjata,bagai2.

Pagi tu makanya berkedek2 lah kitorg ni pergi masuk medan. Ya Rabbi,jauh sgt. N,jalan kaki =.= Ada la dalam 5 km. Dengan bawak M16 tu. Tak ku sangka tak ku duga. Hee. Dah masuk medan,aku taktau ape yg diorg buat,arah jam la apa la,tali perimeter la. Pening. Aku follow je. Orang kate baring,aku baring. Meniarap,meniarap. Haha. Tapi seronok,pengalaman. :)

Petang tu cmpur seksyen,dalam 6 org pergi buat rondaan. Im the only girl. Hihi. Duduk belakang skali,redah paya2.cek...last2 jumpa pokok..budak lelaki tebas semak samun n, "dik,ko tidur la.kitorg nak lepak sini dulu.jgn risau,tak de ape la. " Perghh...seram jugak mula2,tp percaya je la. Kitorg tidur smpai pukul 4. Haha. Mengulat. Adoi. Then bangun patah balik ke lokasi.

Banyak sgt pengalaman dalam hutan. Kena buat kubu,aku adalah orang yg lembik,asyik minta tolong. Haha. Orang yg tolong buat kubu aku ^^ Lepas tu kena sentri sorang2. Nyamuk ketip banyak gila. Buat pembesaran peta,guna kapur. Atas tanah. Ya Allah..Seronok pengalamn2 tu. Mandi paya laut. Have u ever wondered? Ada paya laut,yap! Kaler air dia,biru...air dia payau. Seronok sgt,dgn ikn renang2. :)

Paling tak boleh lupa adalah serang hendap. Mula jam 2000. Cari kedudukan. Then semua kena senyap. Sebelah aku,koperal dengan Rafizul. Diorg meniarap,aku meniarap. Duduk,aku duduk. Ya Rabbi,bosan sgt2. Sebab tak boleh keluarkan suara kan. Senyap je. Dengan nyamuknya. Aku kena gigit penuh satu muka. Pastu,pukul 10 aku ckp kt diorg,nak tidur. Tak tahan sgt dah mata ni. Diorg back up. Aku tidur punya la lama,4 jam. Muahahahaha.teruk2. Tak sedar nyamuk gigit semua2. Pastu koperal gerak. Aku bangun,Rafizul sengih je. Orang lain berjaga,aku tidur. Haha. Pastu perut aku berbunyi pulak. Malu gilaa..haha. Rafizul bg makanan. Then tgh berjaga tu, hujan. Perghh..terbaik kitorg duduk ats tanah kan,hujan pulak. Menggigil2 tau tak. Sebab nya takdak raincoat. Lupa bawak.

Redha je basah ngn hujan lebat. Then,dalam pukul 4.20 pagi,aku terlelap,dlm 5 saat. Tiba2 dengar tuan cakap,tembaakkkk!!! Pe lagi,terkocoh2 aku. Menembak dalam 5 kali,senjata tersekat. Aduh..kacau betul. Perasaan masa perang tu sangat seronok! Tak tau la nak ckp mcm mana. Tapi best sgt2. Then lepas perang,tgu smpai subuh,buat pemeriksaan. Musuh dpt lari rupanya. Cissss.. Pagi tu,masa aku nak mandi,time tu baru hari cerah,diorg pny gelak la kt aku. Rupanya muka aku penuh bintik2. Nyamuk gigit. Bibir dah mcm Angelina Jolie,bengkak..haha. Malu sgt2. Adoooiii. Siang tu buat pentadbiran sendiri je. Pastu korek kubu. Malam tu tidur dlm kubu. Sejuk sgt,penuh nyamuk tp nyenyak :)

Pukul 3 pagi,sarjan gerak. Kena buat serangan akhir. Bessttt...mamai2 bangun. Jalan senyap2. Menyorok balik tanah liat. Hee. Then dgr pembunuh buat serangan. Kitorg tak terlibat sbb musuh tak lalu bahagian penyekat kiri kanan. Then tgu je la smpai subuh. Lepas tu keluar dr situ,pergi balik tempat asal. Kemas barang semua,sebab last day :(   Dah cek semua,berkumpul. Kutip peluru semua. Pastu jalan smpai tpi sungai miang tu,makan pagi :) Tibai roti ngan air teh berpasir. Haha. Teruk btul. Then jalan balik smpai kem askar. :)

Petang tu ada rempuh halangan. Aku tak masuk. Tak laratttttttttttt. Huhu. Just bg sokongan kt batalion aku. Hee. Seronok sgt tgok ada yg tergolek bagai. Adeh..then dah pukul 6,kitorg diarahkan balik :'( Sedih sgt2,bergenang air mata masa tarik beg. Apepun,aku sgt enjoy kem tahunan ni walaupun balik tu,aku dah mcm orang sakit kulit. Haha. Kenangan berharga bg aku, :)


































tak larat nak rotate gmbr,susun2.hehe.aci kan..aci je laa..