Sunday, September 9, 2012

Keputusan Melulu vs Tanggungjawab


Salam alaik.

Sejujurnya aku tak mampu untuk menipu hati kecilku yang bahawasanya aku memang rasa terdesak untuk kahwin.
Siang tadi pergi Seminar Super Student. Katenye,tembok paling keras,adalah diri sendiri. Ya, DIRI SENDIRI.
Disuruhnya kami menulis 3 impian yg ingin dicapai dalam masa 6 bulan..
Tau ape yg aku tulis ?

  • BERNIKAH,MAHU MENGHALALKAN HUBUNGAN
  • MENGUBAH PENAMPILAN DAN AKHLAK DIRI,MAHU MENGIKUT SEBENAR-BENAR TUNTUTAN ALLAH
  • MEMBUKA PUSAT PENGUMPULAN HAIWAN TERBIAR

Ye,no 1 dan 2 mungkin logik,tpi no 3 susah :( kerana hal tu melibatkan wang ringgit. Sebenarnya untuk gapai impian no 1 dan 2 adalah yg amat sukar.

Aku mengerti bagi seorang lelaki adalah penting utk dia punya kewangan yg kukuh,kerjaya dan memiliki kekuatan sepenuhnya untuk bergelar seorang SUAMI. Aku baca terlalu banyak artikel,dan macam2 lagi berkenaan kahwin awal. Hanya ALLAH tahu mengapa aku nak sgt kahwin awal. Aku tahu hukum2 kahwin,syarat2. Dari aspek dia,aku tahu dia tidak mampu lgi. Ya,aku cuba paham..tapi harus macam mana utk aku tipu diri sendiri? Sedang aku boleh dikatakan setiap hari memikir hal yang sama.

Aku bukan gatal nak berlaki atau gatal merla. Aku hanya mahu yang HALAL dan hati aku meronta-ronta utk itu. Ini yang aku tertanya-tanya,keputusan melulukah keputusan ku ini?

Dia mahu,tp keadaan sememangnya tak mengizinkan. Ditambah dengan tanggungjawabnya pula nanti..

Aku tahu,aku paham. Tapi sejujurnya aku tak mampu..aku tak mampu untuk tunggu..

Aku cuba,tapi aku buntu. Aku meraung,tapi tak terdengar.

Kenapa? Ada yang kata,biasalah tu,anak muda,memang beriya nak kahwin. Nanti baru berapa bulan dan cerai berai.

Aku tahu apa maksud hati aku. Aku tahu apa maksud kemahuan aku. Itu impian aku. Sebab aku sememangnya tahu dosa-dosaku dengan ALLAH S.W.T. Dan aku tak mampu bendung perasaan itu.

Aku menangis,hari2 :) walau aku busy macam mana pun,aku tetap menangis. Kalau tak terluah,tersedu sedan aku didalam hati. Tapi macam mana? Aku kaku, buntu.

Kita merancang,ALLAH berhak menentukan. Ya,hari2 aku cuci otak,ALLAH tak izinkan kahwin awal,ada la tu sebabnya. Tapi aku tak putus berdoa..berdoa dan berdoa agar ALLAH bantu niat aku..aku rasa sukar nak belajar. Aku tak rasa aku ni lembab. Aku tahu,kalau dosa membelenggu,kita masih melakukan dosa yg sama,maka ilmu semakin susah untuk difahami.

"Ku adukan kepada guru,sukarnya mengingati ilmu,
Guru menyuruh daku,supaya meninggalkan dosa-dosaku,
Kerana ilmu itu,adalah cahaya Tuhanmu,
Cahaya Allah itu,tidak menerangi hatimu yang kalbu.."

Aku baca kata-kata ni suatu masa dlu. Tapi aku lupa siapa yg tutur,dan dari mana asalnya.
Tapi kata-kata ni beri aku inspirasi,dan juga aku jadikan medium muhasabah diri.

Ya ALLAH,bagi aku kekuatan..





Ya,mungkin aku selalu senyum. Selalu nampak ceria,tp percayalah,dalam tawaku ada sendu. ;')