Tuesday, July 10, 2012

Alhamdulillah

Salam dan Selamat Petang.huehue.
Dengan mood balik Pahang aku taip entry ni.
Adeh,realitinya aku tetap kena balik. Berat hati sikit,kenapa ye?

Heh,ape pun..alhamdulillah..Allah makbulkan doa aku. Kakak first aku jual laptop dia kt kakak no 2 dan aku bakal dapat laptop tu. Syukur..senang sikit kerja aku nanti. Yela,macam entry aku yg lepas2,aku cakap susah kan bila takdak laptop. Hee. Seronok sgt. Alhamdullillah. :)

So,nt aku nak beli broadband. Hee.

Semalam dah kemas habis semua barang. Ade 3 beg. Aiyai. Jenuh le. So,tak sabar nak tgok Pahang balik. Heh. Rasa macam baru semalam ja tengok terminal bas Kuantan. Apepun,aku harap sem 2 ni aku dapat jalani dengan hati yang tenang. Bab2 org yg tidak menyenangkan hati,aku harap aku mampu tolak ketepi. Sangat buang masa tahu,

Puasa kat poli. Eksaited kemain sebenarnye. Huehue. Tapi kalau dpt masak sendiri kan best..malangnye tu angan2 je. Huhu. Tengah fikir2 lagi bajet sebenarnya. Aiseh. Penin kepala cek. Harapnya PTPTN menyalurkan wang dengan segera tanpa masalah nanti. Harapnyaa..aamiin. Kali ni aku harap aku tak salah guna duit tu. Haha,salah guna,macam ape je ayat. Aku harap aku dapat guna dan jimat wang tu dgn betul. Aku letih fikir pasal duit. Huhu.

Apepun,aku tetap dengan angan2 aku untuk kahwin muda. Haha. Sesat,tiba2 ja. Yela,mana tau,kalau kita doa2,Allah makbul kan :)

Kat bawah ni aku senaraikan syarat2 taubat yg aku gugel dr web ustaznoramin.com :)

Syarat-syarat Taubat

Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syara-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah :

  1. Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.

  2. Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.

  3. Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.

Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.

Harapnya kita semua sama-sama dapat kesedaran dan bertaubat sebelum terbitnya fajar dari sebelah barat. Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment