Saturday, July 21, 2012

Sirap

Salam alaik.
Hee. Rasenye tak terlambat lagi kot utk aku ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoganya puasa kali ni dapat kita jalani dengan sempurna dan dapat peroleh 1001 manfaat darinya. :)

Alkisahnya semalam bermulalah puasa aku yg pertama kalinya di Polisas tercinta. Hueheu. Dan pertama kalinya sebagai seorang JPK. Hehe. So,agak mencabar le kena sediakan makanan sahur semua tu.

Tapi takpe,hadis riwayat Tirmizi no 735 :

"Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa,pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa,iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit"

So,tak kisah la penat lelah kan :) yang penting hati mau ikhlas. Hee. Jadinya,semalam berpeluh2 aku mencedok segala nasi yang ada untuk students. Aiyaaii. Penat gila,rasa nak pitam plus emosi tgh tak stabil. Tengah2 cedok,elok habis nasi tu,trus dgr azan.. Haaa..semua mcam ayam dah. Haha. Aku pun ape lagi..dengan PANTASnya aku mengambil segelas SIRAP! Aduhh..penangan sirap bila letih mmg terbaik. Jadi,terima kasih air sirap. Haha. Dan selepas itu,aku pun cakap kat ila,"aku nak buat entry pasal AIR SIRAP untuk menghargai jasa sirap."

Hahaha..tak boleh blaaa langsung kot. So,ditengah hari yang panas ni,aku pun amik risiko untuk tulis pasal sirap =,=
Ni aku copy paste je dr wikipedia. Haha. Takpe la. Mengenang jasa sirap.
Air sirap merupakan sejenis minuman yang diperbuat dari perisa daun pandan dan air gula. Pada kebiasaannya pewarna merah digunakan bagi memberikan warna menarik kepada air sirap, tetapi kini terdapat pewarna lain yang digunakan, walaupun tidak secara meluas.Pada kebiasaannya air sirap dihidangkan sejuk, iaitu dengan air batu. Rasanya yang sedap, dan mudah dibuat menjadikannya ia sebagai pilihan utama dalam kebanyakan majlis dan perayaan di Malaysia.Pada masa kini, air sirap segera yang dijual secara perdagangan terdapat dijual di kedai dan pasar raya, tetapi masih ramai yang memilih untuk membuatnya sendiri kerana air sirap yang dibuat dengan daun pandan asli baunya lebih wangi dan rasanya lebih sedap.Sungguhpun begitu, kerana kini ramai orang yang tinggal di bandar dan sukar mendapatkan bahan utamanya, iaitu daun pandan, kordial air sirap masih menjadi pilihan penduduk terutamanya yang tinggal di bandar.Bagi penduduk kampung pula mereka lebih suka menghasilkannya kerana ia mudah dan murah. Bagaimanapun, sekiranya terlalu banyak pewarna digunakan, ia akan menyebatkan rasa pahit.
Haa..selesai sudah. *mood menaip hilang.

0 comments:

Post a Comment